in

“Bercinta dengan cikgu umur 40 tahun” – Kisah Cinta Presiden Perancis & Isteri Jadi Perbualan Hangat Netizen di Media Sosial!

Macron Wife

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama Presiden Perancis, Emmanuel Macron menjadi sebutan dunia mutakhir ini selepas isu tindakannya mempertahankan penyiaran kartun yang memaparkan wajah Nabi Muhammad SAW.


Pun begitu, selain daripada isu itu, media sosial dua tiga hari ini gempar apabila ada di kalangan netizen yang buka cerita mengenai kisah percintaan presiden tersebut dengan isterinya yang tua lebih 20 tahun itu.

Menerusi satu perkongsian di Twitter, Emmanuel dikatakan mula bercinta dengan isterinya, Brigitte ketika masih dibangku sekolah dan berusia 15 tahun! Emm whaaat?? 

 

Bercinta dengan cikgu anak tiga ketika berusia 15 tahun 

Menurut portal Independent, kisah percintaan Macron dan isterinya, Brigitte Trogneux bermula ketika presiden itu berusia 15 tahun dan Brigitte pula berumur 39 tahun. 

Brigitte pada ketika itu merupakan seorang guru yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak yang mana anak pertama Brigitte lebih tua daripada usia Macron.

Kedua-duanya mula berkenalan semasa berkolaborasi dalam satu teater sekolah dan Macron yang baru 16 tahun katanya sudah bertukar ciuman di pipi dengan guru sekolah tersebut.

Elumpqivgaewq83

Skandal antara guru dan pelajar itu akhirnya diketahui ramai. Disebabkan hal tersebut, ibu bapa Macron akhirnya membuat pertemuan dengan Brigitte. Brigitte dikatakan menangis ketika pertemuan tersebut tetapi tetap mempertahankan kisah cinta mereka!

Keluarga Macron akhirnya mengambil keputusan untuk menghantar anak mereka belajar di Lycee Henri-IV di Paris setelah semua usaha mereka untuk memisahkan pasangan tersebut gagal.

Institusi itu katanya sejauh hampir 150 km jauh dari tempat mereka tinggal di Amiens.

 

Brigitte bercerai dan berkahwin dengan Macron 18 bulan kemudian

Namun dek kerana cinta, Macron sanggup berulang alik dari Paris ke kampungnya demi nak bertemu dengan kekasih hati.

Pada 2006, akhirnya Brigitte bercerai dengan suaminya dan memutuskan untuk berkahwin dengan Macron 18 bulan selepas itu. Pada ketika itu, dia berusia 54 tahun dan Macron pula berusia 29 tahun.

Dia dan Macron tidak mempunyai anak berdua namun sebelum ni seperti yang kita semua tahu, Brigitte mempunyai 3 orang anak dari perkahwinan terdahulu. Anak pertamanya 2 tahun lebih tua daripada Macron.

Macron 1

Menurut Independent lagi, skandal hubungan Macron dan isterinya suatu masa dulu bukanlah satu perkara yang rahsia kerana ia umum kini telah diketahui rakyat Perancis.

Malah rakyat Perancis juga tak kisah dengan hubungan tersebut kerana ia dianggap perkara biasa dalam kehidupan berpolitik.

Malah bukan Macron saja yang pernah ada skandal sebegini, bekas presiden Perancis Francois Hollande sebelum ni pun pernah dikatakan mempunyai affair dengan pelakon 20 tahun lebih muda daripadanya, Julie Gayet.

Kemudian bekas presiden yang lain seperti Nicolas Sarkozy pula pernah dikatakan meninggalkan isterinya untuk berkahwin dengan pelakon, pemuzik dan model, Carla Bruni. Aduhai! 

 

“Tak sangka baru tahu sekarang!” – Netizen 

Rata-rata netizen yang baru mengetahui tentang kisah Presiden Perancis tersebut nyata terkejut dan ada yang merasakan jijik dengan ‘kisah percintaan’ itu.

Wert

Min tak tahu nak komen apa… speechless. 

Baca: “Kebebasan bersuara pun ada batasnya” – Pemuda Umno Minta Presiden Perancis Minta Maaf Isu Hina Rasulullah & Islam

Umno

Sumber: Twitter
Sumber: Instagram
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.