in

“Berani nak takutkan budak 13 tahun” – Bapa Bengang Pengawal Keselamatan MPH Lempang Anaknya Dua Kali Di Pipi

Featured 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Admin memang tak pernah setuju dengan street justice. Tak kisahlah orang tu salah ke tak, jangan nak pandai-pandai pukul orang. Negara kita kan ada undang-undang, kalau dah tangkap, serahlah kat polis.


Ini juga apa yang berlaku baru-baru ini di MPH, menurut World Of Buzz, seorang pengguna Facebook Lim Yaw telah mendapat simpati dari netizen selepas dia memuatnaik satu posting tentang insiden yang berlaku pada anaknya.

Mph

Menurut Lim, anaknya baru saja habis shopping di kedai buku MPH di Nu Sentral dan sedang menunggu ibunya. Tiba-tiba anaknya didatangi oleh seorang pengawal keselamatan yang menuduhnya mencuri komik dan menarik bajunya untuk masuk ke bilik pengawal.

Tanpa beri peluang, budak berusia 13 tahun ini ditampar dua kali oleh pengawal sebelum dia cuba nak terangkan apa yang berlaku.

55552033 10213865540177084 2031762905329827840 N

Tak lama selepas itu, seorang pekerja terlihat sticker dibelakang komik tersebut menunjukkan komik itu telah dibeli dan membuktikan anak Lim memang tak bersalah. Selepas melihat bukti itu, pengawal keselamatan ini melepaskan budak tersebut.

Nak dijadikan cerita, sebelum keluar dari bilik pengawal, boleh pula pengawal ini beri amaran supaya jangan bagitahu pasal kejadian ini dekat ibu bapanya. Amboi, kau dah lempang anak orang!

Terkejut melihat anaknya menangis, Lim naik berang apabila anaknya ini menceritakan apa yang berlaku. Pekerja tersebut hanya minta maaf selepas kena serang dengan Lim.

“Mereka tahu mereka salah tapi mereka cuba nak berselindung, dan tak ikhlas pun minta maaf. Berani betul mereka nak takutkan budak 13 tahun macam ni dan tak rasa bersalah langsung.” kata Lim dalam posting Facebooknya.

Lim juga memberitahu yang anaknya kini trauma selepas insiden tersebut dan dah tak mahu masuk ke dalam kedai buku lagi.

Ekoran kejadian ini, Lim membuat laporan polis dan MPH juga telah mengeluarkan kenyataan mereka.

13Yo Msian Boy Slapped Twice By Bookstores Security Guard After Being Falsely Accused Of Stealing World Of Buzz 768X967

Nasib baik MPH terus bertanggungjawab nak siasat perkara ni takdelah duduk diam je.

 

Baca: [VIDEO] Bapa Mengamuk Paksa Anak Melutut & Lempang Sekuat Hati

Screenshot 2019 03 25 At 7.01.46 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.