in

[VIDEO] Bapa Mengamuk Paksa Anak Melutut & Lempang Sekuat Hati

Bapa Lempang Anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
[VIDEO] Bapa Mengamuk Paksa Anak Melutut & Lempang Sekuat Hati
Loading
/

Biasalah kalau anak buat salah, sebagai ibu bapa mestilah mereka nak bagi hukuman atau pengajaran untuk mendidik kan? Tapi, seorang bapa ni dikritik sebab caranya menghukum anak dikatakan agak kasar dan dilakukan di tempat awam.


Menurut Stomp, perbuatan lelaki tersebut telah dirakam oleh orang awam ketika kejadian tu berlaku pada malam Isnin, 5 November lalu.

Dalam rakaman tersebut, lelaki tu dilihat dengan jelas menampar anak perempuannya dan turut paksa kanak-kanak tu melutut di kawasan parking IKEA Tampines, Singapura. Turut kelihatan, seorang wanita yang hanya melihat tanpa menghalang perbuatan si bapa tersebut.

Tampar Anak

Kata orang awam yang merakam video tersebut, kejadian mengejutkan tu berlaku kira-kira pukul 9 malam.

“Lelaki tu menjerit dan menampar seorang kanak-kanak perempuan, dipercayai anak perempuannya, dan paksa dia untuk melutut.”

Tapi katanya, dia tidak pasti kenapa si bapa mengamuk dan marahkan anaknya yang dilihat berusia mungkin dalam lingkungan 5 hingga 6 tahun tu.

“Saya tak tahu apa yang buat lelaki tu marah, tapi dia ada cakap, ‘Saya sayang kamu, tapi kamu tak boleh cakap perkara macam tu kepada saya’.”

Tak pasti jika wanita yang berada dengan mereka tu adalah ibu kepada kanak-kanak tersebut tapi nampak dia macam ketakutan untuk cuba halang si bapa yang tengah ‘naik hantu’.

“Dia tak sepatutnya memalukan anak perempuannya di tempat awam macam ini dan takutkan keluarga lain yang ada anak kecil. Suara dia boleh didengari dari eskalator hingga ke kawasan parkir.”

Marah Anak

Menurut si perakam, beberapa orang awam dilihat berada di kawasan berdekatan tetapi masing-masing berjalan ke arah kereta mereka. Lelaki tu pula keluar dari kawasan parking lepas dia sedar ramai yang nampak perbuatannya tu.

Bagaimanapun, seorang netizen dikatakan telah buat laporan berkenaan insiden tersebut dan kes itu kini sedang disiasat.

Baca: Video Wanita Tengking dan Pukul Anak Kecil Tular, Malangnya Tiada Yang Tampil Membantu

Daa6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.