in

“Berani buat, berani tanggung!” – Kes Video Asri Janggut, KP Selangor Tegaskan Tiada Kompromi Buat Polis Yang Bersekongkol!

A1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan video tular yang dikongsikan Asri Janggut melalui live Facebook Hot Burger Malaysia berkenaan pendedahan aktiviti perjudian haram dan kedai warga asing yang tidak sah di kawasan Bandar Baru Sungai Buloh pada minggu lalu, pelbagai respon yang diterima dari pelbagai pihak termasuk pihak berkuasa sendiri.


A2

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin juga telah bersuara dan menegaskan bahawa pegawai polis atau anggota penguatkuasa yang terlibat dan bersekongkol dengan penjenayah tidak akan terlepas dari hukuman.

“Sekiranya memang benar ada anggota kita yang terbabit dengan kegiatan haram seperti yang didedahkan itu, maka terpaksalah mereka terima akibatnya. Mereka berani buat, maka beranilah tanggung”

A 12

Polis Selangor Tidak Campur Tangan 

Beliau juga ada menjelaskan bahawa siasatan akan dijalankan oleh dua agensi kerajaan iaitu Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar tidak berlaku sebarang campur tangan bagi mengelakkan siasatan yang bersifat berat sebelah memandangkan kes tersebut berlaku di daerah Selangor.

Berkenaan isu laporan polis yang dibuat ke atas Asri Janggut yang dipercayai mencemarkan imej polis, beliau memberitahu bahawa Asri Janggut tidak akan didakwa atas penularan video tersebut kerana dia adalah pemberi maklumat dan bukannya suspek.

Namun, katanya lagi terdapat pelbagai saluran untuk menyalurkan maklumat. Sama ada terus laporkan ke balai polis atau menerusi aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP). Lapor Harian Metro.

 

Baca: “Terima kasih Asri Janggut” LENGANG! Kedai Acheh & Gerai Haram Tepi Jalan Milik Peniaga Asing Habis Dirobohkan

Ab

Sumber: Harian Metro
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.