Semalam, Bunface baru je keluarkan lagu dorang yang bertajuk “Akhir Zaman” di YouTube. Untuk peminat-peminat Bunface, dah tentunya dorang tak sabar untuk dengar lagu baru dari band punk rock Malaysia ni.
Namun, beberapa jam selepas lagu ni dikeluarkan, ia telah menjadi buah mulut netizen hingga trending di Twitter kerana lagu ini mempunyai beberapa lirik yang agak kasar serta menyentuh tentang LGBT dan politik.
Untuk korang yang tak tengok lagi video ni, lagu ni mengandungi beberapa lirik seperti “LGBT boleh pergi m*mpus” dan “mana pergi semua duit rakyat?”. Bunkface turut juga menyentuh tentang viral dan menggunakan perkataan “bangs*t” di dalam lagunnya.
Bagi peminat tegar Bunkface, dorang merasakan yang Bunkface telah kembali berani seperti awal-awal kemunculannya. Namun, ada juga netizen yang menganggap lagu ini berunsurkan perasaan benci kepada golongan LGBT dan meminta orang ramai untuk report lagu tersebut di YouTube.
“Desperate sangat ke apa?”
“Tak suka tak yah lah layan”
Kalau nak tengok video full, korang boleh tengok kat bawah ni:
https://www.youtube.com/watch?v=hFMvDf5miSE
Baca: 9 Artis Lelaki Malaysia Berdarah Kacukan Buat Hati Anda Tertawan