in

Berang Sering Diperli Jiran, Pekerja Kilang Letak Bahan Letupan Buatan Sendiri Depan Rumah

Bahan Letupan Sendiri 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ada sesetengah orang yang boleh bertindak luar jangkaan apabila terlalu marah atau tidak berpuas hati dengan sesuatu situasi.

Seperti yang terjadi baru-baru ini di Kepala Batas, Pulau Pinang apabila seorang pekerja kilang bertindak meletakkan bahan letupan buatan sendiri (IED) di hadapan rumah jiran kerana terlalu marah.


Artikel berkaitan: Terima Ancaman Letupan Di 18 Lokasi, Singapura Dalam Situasi Berjaga-Jaga?

Artikel berkaitan: Kecoh Aeon Mall Klebang Dikosongkan Lepas Lelaki Buat Panggilan Palsu, Dakwa Ada Bom

F8Dmeqcbgaat5Pk

Menurut laporan Buletin TV3, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie berkata, berdasarkan siasatan awal, lelaki tempatan berusia 32 tahun itu bertindak sedemikian kerana mendakwa jirannya yang merupakan seorang lelaki warga emas, sering memerlinya.

“Suspek mendakwa jirannya selalu perli dirinya dan sebab itu bertindak meletupkan bahan itu bagi menakutkan serta memberi amaran kepada jiran berkenaan.

Suspek meletakkan bahan letupan terbabit di hadapan rumah jirannya di tingkat empat Flat Taman Pandan itu sebelum meletupkannya sehingga menyebabkan bahagian jeriji besi pintu rumah dan koridor di situ rosak akibat letupan itu,” katanya.

Pun begitu, difahamkan dalam kejadian letupan itu, tiada penghuni rumah terbabit yang mengalami kecederaan.

Selain itu, polis turut melakukan siasatan lanjut bagi mengenal pasti jika individu tersebut terkait dengan jenayah lain selain merampas sepucuk pistol buatan sendiri dan juga kerambit miliknya.

Difahamkan, siasatan awal mendapati lelaki tersebut bertindak sendirian termasuk menghasilkan sendiri IED itu dengan cara mempelajari daripada YouTube, manakala bahan-bahannya diperoleh melalui pembelian dalam platform e-dagang.

Sumber: Buletin TV3

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.