in

Terima Ancaman Letupan Di 18 Lokasi, Singapura Dalam Situasi Berjaga-Jaga?

ft ancaman letupan singapura

Portal berita Singapura, Berita Harian melaporkan bahawa pihak polis negara berkenaan telah menerima satu laporan mengenai dakwaan ancaman bom di 18 lokasi di seluruh negara pada pagi Rabu.

Menurut portal tersebut, ancaman itu turut diterima di bangunan pemerintah, kedutaan dan tempat lain.

Pun begitu, hasil pemeriksaan keselamatan oleh pihak polis tempatan mendapati tiada sebarang alat letupan atau perkara yang boleh membimbangkan keselamatan awam dan dakwaan tersebut sedang disiasat atas penyampaian maklumat palsu berkaitan perkara berbahaya.

18 locations in singapore receive alleged bomb thr 18 locations in singapore receive alleged bomb thr DF6C862C72BE359DAF71536F2B720D7D

Menurut Pasukan Polis Singapura (SPF), sekiranya didapati bersalah, di bawah Seksyen 268A Kanun Keseksaan 1871, denda maksimum sebanyak SGD 50,000 boleh dikenakan, dijatuhkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau kedua-duanya sekali.

Dalam masa yang sama, SPF mendedahkan laporan yang sama tentang ancaman letupan pernah diterima oleh pihak mereka melalui e-mel. Menurut penghantar yang dipercayai individu yang sama dari Korea Selatan tersebut, ia hanyalah ancaman palsu.

202308236598373420230823124837 11

Tambah SPF, pihak mereka memandang serius semua ancaman keselamatan dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang sengaja memberikan maklumat palsu berkenaan ancaman letupan.

Kementerian Kemampanan dan Alam Sekitar (MSE), agensi air negara (PUB) dan Agensi Persekitaran Kebangsaan (NEA) antara bangunan yang disekat oleh pihak SPF atas “keadaan keselamatan”.

MSE dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa NEA dan PUB telah menerima ancaman bom berkaitan Bangunan Sekitaran di 40 Scotts Road. Pun begitu, hasil siasatan awal telah dijalankan dan pegawai keselamatan tidak menjumpai sebarang ancaman.

Baca : [VIDEO] Anak Muda Singapura Dedah ‘Segan’ Cakap Dalam Bahasa Melayu, Ini Sebabnya…

singapura bahasa melayu

Sumber: Vocket