Kebelakangan ini, kita dapat lihat industri filem tempatan semakin rancak dan boleh dikatakan hampir kesemua filem yang ditayangkan mendapat respon yang baik daripada penonton serta peminat filem tempatan.
Terbaru, Airforce The Movie: Selagi Bernyawa menjadi bualan ramai, filem yang mengisahkan tentang Pasukan Khas Udara (PASKAU) terkandas di Namburi itu berjaya mendapat kutipan RM 8 juta hanya dalam masa 4 hari tayangan.
Filem yang diarahkan oleh Zulkarnain Azhar dan Frank See ini menampilkan gandingan mantap pelakon-pelakon seperti Datuk Adi Putra, Aiman Hakim Ridza, Nas-T serta Sara Ali.
https://www.instagram.com/p/Ch1HKXfg0J5/?utm_source=ig_web_copy_link
Berita gembira ini tidak hanya terhenti di situ, filem ini juga bakal ditayangkan di Taiwan, Korea dan Jepun.
Pihak penerbitan filem ini juga menyatakan, kejayaan menembusi pasaran antarabangsa ini boleh dibanggakan kerana secara tidak langsung ia dapat mempertontonkan kepada dunia luar tentang kualiti filem negara.
Sebagai info, Air Force The Movie turut dijayakan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) beserta lima syarikat penerbitan iaitu Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas (GSC), Astro, FXHammer Films dan SixFun Media.
Kalau tengok masa hari merdeka ni mesti lagi syok!
Baca: “InsyaAllah Melayu Islam Melaka akan dikenali seluruh dunia” – Syamsul Yusof Bagi ‘Hint’ Filem Baru?