Bagi yang banyak menghabiskan masa di Twitter, pasti sering terlihat tweet-tweet yang boleh dikatakan aneh daripada bilionair Amerika Syarikat iaitu Elon Musk.
Personanya di Twitter sering menunjukkan beliau seorang yang eccentric tetapi amat mementingkan kebebasan dalam membuat ucapan (freedom of speech).
Pada April lepas, Elon Musk mengumumkan tawaran untuk membeli Twitter dengan harga $54.20 (RM236.18) sesaham dan pada 25 April, Twitter menerima perjanjian itu, pun begitu menurut sumber, pemilik syarikat Tesla itu dikatakan ingin ‘melanggar’ perjanjian tersebut.
Difahamkan, bilionair itu dijangka menyelesaikan pengambilalihan Twitter berjumlah AS$44 billion (RM206.3 billion) menjelang akhir bulan ini.
Sekiranya beliau gagal berbuat demikian, perbicaraan saman kerana melanggar kontrak pengambilalihan laman sosial berkenaan akan diadakan bulan depan.
Terbaru, beliau telah melancarkan wangian, Burnt Hair dan telah meraih jualan mencecah AS$1 juta (RM4.7 juta) dalam tempoh beberapa hari.
Please buy my perfume, so I can buy Twitter
— Elon Musk (@elonmusk) October 12, 2022
“Tolonglah beli minyak wangi saya supaya boleh beli Twitter” tulisnya dalam Twitter.
Pengasas syarikat SpaceX yang selalu berjenaka di Twitter itu juga mengenalkan dirinya sebagai ‘jurujual minyak wangi’ di ruangan bio Twitter miliknya yang kini mempunyai 108.7 juta pengikut.
Lain macam betul lah Elon Musk ni!
Baca: Pernah Nak Batalkan Perjanjian, Elon Musk Akhirnya Setuju Beli Twitter Dengan RM 204.1 Bilion