in

“Beliau suruh doakan baby boy” – Individu Sebak Dapat Tahu Rupanya Mangsa Bun*h Pernah Balas Komen Di Threads

Ft Mangsa Bunuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lepas, tular satu berita yang mendukacitakan apabila berlakunya kejadian tragis yang menimpa lima sekeluarga dari Taman Cerating Damai, Kuantan, Pahang yang telah dibunuh oleh seorang lelaki yang terdiri daripada ahli keluarganya sendiri.

Mangsa terdiri daripada ibu, isteri dan dua anak perempuan suspek sebelum suspek meninggal dunia akibat bunuh diri.


Ramai netizen bersimpati dengan nasib ahli keluarga itu dan lebih sebak lagi, ada individu menyedari bahawa didakwa mangsa pernah berinteraksi dengannya di Threads.

Artikel berkaitan: Kanak-kanak Orang Asli Ditemui Maut Di Kawasan Paya Dipercayai Dibunuh, Dirogol

Artikel berkaitan: Wang Pertunangan Dipercayai Jadi Punca Lelaki 71 Tahun K*rat & B*nuh Wanita Di Sepanggar

Doakan kita dapat baby boy pula nanti – Mangsa

Ashry ada kongsikan satu hantaran lama pada pertengahan Januari lepas, yang mana hantaran tersebut bertujuan untuk bersembang dengan para pengikutnya yang sudah berkahwin tentang isu anak.

Individu yang dipercayai mangsa insiden itu dikatakan telah memberikan respon dengan mengatakan dia mempunyai dua orang anak perempuan dan seolah-olah berusaha untuk mendapatkan anak lelaki serta meminta untuk mendoakannya.

“Korang, rupanya mangsa b*n*h pernah reply dekat thread aku, beliau suruh doakan dapat baby boy. Salam takziah buat seluruh keluarga mangsa.

“Pemergian ini amat menyayat hati dan sangat mengejutkan. Semoga Allah mengurniakan ketabahan dan kekuatan buat ahli keluarga dalam menghadapi ujian yang berat ini. Al-Fatihah.”

Screenshot 2026 02 20 113241 1

Ia membuatkan ramai netizen sebak apabila mengenangkan nasib si mangsa dan ada juga yang kongsikan interaksi mangsa dengan orang lain juga.

Sekadar info, dalam kejadian bunuh tersebut, siasatan awal polis mendapati bahawa kejadian bunuh lima sekeluarga itu dipercayai bermotifkan faktor kewangan.

Namun begitu, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata perkara itu masih dalam siasatan lanjut pihaknya mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, ahli keluarga meminta masyarat untuk menghentikan sebarang spekulasi mengenai kejadian yang menimpa keluarga.

Sumber : Berita Harian, Threads, Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.