in

Beli Peti Ais ‘Secondhand’ Nak Kena Sertu Ke? Ini Penjelasan Mufti…

Hukum Sertu Peti Ais

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Status halal dan haram selalu menjadi persoalan utama kepada kita sebagai orang Islam. Lagi-lagi kalau melibatkan pembelian barangan elektrikal secondhand yang dijual daripada penjual non-muslim atau pemilik yang tidak dikenali.


Ada kemungkinan yang barang berkenaan telah digunakan untuk menyimpan daging khinzir dan arak yang sememangnya haram bagi orang Islam.

Oleh itu, ada pihak yang menawarkan perkhidmatan sertu perkakas elektrik seperti yang dilihat dalam sebuah video yang tular baru-baru ini. Mereka juga mengakui menggunakan asas pembersihan berdasarkan agama Islam iaitu basuhan air tanah.

Screenshot 2022 10 14 162126

Tetapi tahukah anda, sebenarnya tidak perlu pun untuk menyertu barangan tersebut yang tidak mempunyai sebarang tanda yang membuktikan ia bernajis.

Menerusi laman web rasmi, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, adalah tidak wajib untuk disamak atau disertu barang yang dibeli daripada golongan non-muslim.

Bagaimanapun, hukumnya sunat untuk membasuh barangan tersebut dengan air yang bersih sebelum menggunakannya. Namun, jika barangan tersebut boleh rosak akibat air basuhan tersebut maka tidak perlu untuk membasuhnya.

“Dalam aspek yang berkaitan ketidakpastian atau ragu-ragu dalam permasalahan najis, maka hendaklah berbalik kepada kaedah hukum asal bagi sesuatu barang itu adalah suci,” jelasnya.

Begitu juga, jika kita mengesyaki tetapi tidak dapat memastikan sesuatu itu bernajis atau tidak maka, hendaklah kita menghukum sesuatu itu tidak bernajis sehingga kita mendapat bukti kewujudan najis tersebut.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, menegaskan bahawa tidak wajib menyamak atau menyertu barangan yang dibeli daripada golongan non-muslim sekiranya tiada bukti sebarang tanda bahawa ia bernajis.

Haa tu pejabat mufti dah berikan penjelasan, jadi kita tak perlu lah ragu-ragu selagi tiada bukti najis di barangan tersebut…

Baca : “Bergantung kepada niat” – Isu Ucap ‘RIP’, Mufti Jelaskan Ianya Tak Salah

Collage 50 728X383 1

Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.