in

Belanjawan 2021: Program Jaringan Prihatin, Bantuan Internet Untuk Golongan B40

Dd 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menerusi pembentangan Belanjawan 2021, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan insentif Program Jaringan Prihatin.

Program ini akan memperuntukkan sebanyak RM1.5 bilion untuk mengurangkan beban kewangan golongan B40 mendapatkan kemudahan internet.


Beliau memaklumkan, bermula suku pertama suku 2021, lebih kurang 8 juta penerima akan menerima bantuan RM180 dalam bentuk kredit telekomunikasi bagi menanggung pembayaran pelan internet atau pembelian telefon baharu.

Selain itu, syarikat-syarikat telekomunikasi akan menyediakan manfaat RM1.5 bilion dalam bentuk data percuma.

Dalam keadaan pandemik Covid-19 ini pihak kerajaan amat peka dengan keperluan rakyat terutamanya dalam penggunaan internet bagi menyelesaikan tugas dan urusan harian.

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.