in

“Belajar law tapi langgar undang-undang”- Peguam ‘Jawab’ Status Twitter Ajak Buat Demo #NotMyPM Di Dataran Merdeka

Combine Fadiah Nadwa Baru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya ramai diantara kita yang tahu mengenai ‘konflik’ dan juga ketidakpuashatian di atas pemilihan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 8. Salah seorang individu yang dikatakan telah membangkitkan perihal itu ialah seorang peguam atau aktivis yang dikenali sebagai Fadiah Nadwa.


Sebelum ini didakwa dia telah memuat naik status di laman twitter miliknya yang dikatakan berbaur hasutan dan mendatangkan rasa  kurang senang selain menganggu ketenteraman awam.

Fadiah Nadwa Tweet

Susulan daripada itu, Fadiah telah dipanggil ke Bukit Aman bagi memberi keterangan berhubung kenyataan yang dikeluarkannya di twitter sebelum ini.

Dia dipanggil ke Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan,lapor Sinar.

Bukit Aman

“Saya turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998”-Fadiah Nadwa

Dia kelihatan hadir bersama penyokong yang menunjukkan solidariti kepadanya dengan berhimpun di hadapan pintu pagar utama Bukit Aman pagi tadi.

Ramai netizen yang memberi respon di laman facebook susulan daripada tindakan beliau selepas hadir di Bukit Aman pagi tadi.

Komen Netizen 2

Komen Netizen 1

Terkini, beliau menyatakan di laman twitter miliknya bahawa dia terpaksa memberi akses kepada pihak polis ke akaun twitternya di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia.

Tweey Fadiah

Harapnya pihak yang terlibat dapat selesaikan semua dengan cara baik. 

Baca : “Ini tidak dapat dihidu oleh rakyat biasa” – Kronologi Kisah Pembinaan Semula Negara

Pm

 

Sumber: Sinar
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.