in

“Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM pembelot, pengkhianat” – Shukri

Page Sprm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM baru, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull membuat pendedahan mengejutkan mengenai apa yang berlaku kepadanya ketika sedang menyiasat 1MDB.


Sprm
sumber: malaysiakini

Menurut Malaysiakini, beliau menyifatkan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad sebagai seorang pembelot sehingga sanggup mohon untuk berhenti awal dan memberi alasan mengambil kursus Bahasa Arab sebagai jalan keluar dari SPRM.

“Saya tidak sanggup bekerja di bawah Tan Sri sebab saya menganggap dia sebagai pengkhianat negara.”

Kata beliau, sebelum pelantikan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM berkenaan, Abu Kassim tiada pilihan dan terpaksa mengundurkan diri dan cadangan untuk timbalannya, Datuk Seri Mustafar Ali menggantikan tempatnya ditolak.

Sprm
sumber: msn news

Ujar beliau lagi, bila Dzulkifli dilantik untuk menerajui SPRM, dia sepatutnya membuat kajian dan menjadikan kes 1MDB lebih kuat untuk pendakwaan dan bukannya melindungi pesalah. Menurut MSN News, beliau turut berkata Dzulkifli sebagai seorang yang kurang integriti dalam menjalankan siasatan 1MDB.

“Sepatutnya dia mengkaji kes dan menasihatkan SPRM apa lagi bukti-bukti yang perlu dikumpul untuk kuatkan kes, bukan untuk lidungi pesalah.”

“Bila dia datang sini, dia meneliti kes dan dia dilantik sebagai ketua pesuruhjaya. Bagi saya, ini pengkhianat besar. Saya tegaskan, saya tidak akan bekerja di bawah seorang pengkhianat.”

Sementara itu, beliau bersyukur kerana sudah tiba masa yang dinantikan untuk mendedahkan perkara yang sebenar berkenaan kes 1MDB.

Harap akan tiba masa Malaysia bebas rasuah.

Baca: “Hanya 3 Menteri berani bersuara”

Sprm 1 758X398 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.