in

Bekas ‘Butler’ Prince Charles ‘Ajar’ Nasi Sepatutnya Makan Pakai Garfu & Pisau Undang Kecaman Netizen Asia

Rice6

Nasi memang dah jadi satu makanan harian buat orang Malaysia, boleh dikatakan ianya satu makanan wajib buat setiap individu di negara ini.

Sudah semestinya kita semua akan makan nasi itu dengan tangan dan ianya satu perkara biasa, tapi ada sahaja yang gunakan sudu dan garfu. Berbeza dengan gaya orang barat, mereka lebih gemar gunakan garfu dan pisau kerana tekstur yang berderai.

Lain budaya lain gayanya, tapi timbul satu perkara kurang enak apabila individu dari negara barat buat satu kenyataan yang seperti memperlekehkan gaya dan budaya orang lain.

Seorang pengguna Twitter @TheRoyalButler yang dikhabarkan bekas Butler (pelayan) Prince Charles, William & Harry menganggap makan nasi guna tangan itu macam tak proper.

 

Tuan-tuan dan puan-puan,perlu diingatkan bahawa kita selalu guna pisau dan garfu atau chopstick untuk makan nasi! Kita tak guna tangan atau jari!!”

Kenyataannya dua hari lepas yang meraih lebih daripada 7,000 ulang kicau (470 retweets & 6,848 quotes) itu telah mengundang kecaman orang ramai yang kebanyakannya datang dari negara Asia terutamanya orang Malaysia.

 

B*rak tak basuh, lap guna tisu je – Netizen

Ada orang cuba sentuh dalam bab-bab hygiene tapi ia dibidas….

Rice5 Rice4 Rice3 Rice2 Rice

Hurm, pengajaran dalam kes ni adalah tak semestinya kalau  interest kita tak sama, kita kena condemn lebih-lebih lagi kalau ianya melibatkan budaya. Ada perkara yang kita anggap pelik tapi biasa pada mereka bahkan sebaliknya.

 

Baca : “Papa makan nasi tak ada lauk?” – Netizen Sebak Lihat Video Anak Beranak Hidup Susah di TikTok, Rancang Ingin Beri Bantuan

Nasi