Nasi memang dah jadi satu makanan harian buat orang Malaysia, boleh dikatakan ianya satu makanan wajib buat setiap individu di negara ini.
Sudah semestinya kita semua akan makan nasi itu dengan tangan dan ianya satu perkara biasa, tapi ada sahaja yang gunakan sudu dan garfu. Berbeza dengan gaya orang barat, mereka lebih gemar gunakan garfu dan pisau kerana tekstur yang berderai.
Lain budaya lain gayanya, tapi timbul satu perkara kurang enak apabila individu dari negara barat buat satu kenyataan yang seperti memperlekehkan gaya dan budaya orang lain.
Seorang pengguna Twitter @TheRoyalButler yang dikhabarkan bekas Butler (pelayan) Prince Charles, William & Harry menganggap makan nasi guna tangan itu macam tak proper.
Tuan-tuan dan puan-puan,perlu diingatkan bahawa kita selalu guna pisau dan garfu atau chopstick untuk makan nasi! Kita tak guna tangan atau jari!!”
Ladies and gentlemen, remember we always use a knife and fork or chopsticks to eat rice! We do not use our hands or fingers !!! ? pic.twitter.com/xCJEKXg26K
— The Royal Butler (@TheRoyalButler) March 6, 2021
Kenyataannya dua hari lepas yang meraih lebih daripada 7,000 ulang kicau (470 retweets & 6,848 quotes) itu telah mengundang kecaman orang ramai yang kebanyakannya datang dari negara Asia terutamanya orang Malaysia.
B*rak tak basuh, lap guna tisu je – Netizen
Ada orang cuba sentuh dalam bab-bab hygiene tapi ia dibidas….
Hurm, pengajaran dalam kes ni adalah tak semestinya kalau interest kita tak sama, kita kena condemn lebih-lebih lagi kalau ianya melibatkan budaya. Ada perkara yang kita anggap pelik tapi biasa pada mereka bahkan sebaliknya.