Kemelut rumah tangga pasangan pelakon, Beego dan Linda Hashim nampaknya masih belum berakhir apabila pelakon lelaki itu enggan menceraikan isterinya pada sebutan kes cerai mereka di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pagi ini (Khamis).
Beego atau nama sebenarnya, Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, berkata, dia mahu berbincang dengan Linda terlebih dahulu kerana mahu menyelamatkan rumah tangga mereka.
Untuk sebutan kes hari ini pihak saya tidak akan ikut permintaan isteri nak bercerai.
“Kemungkinan saya akan berunding untuk selamatkan rumah tangga kami. Supaya saya tahu kenapa nak bercerai? Kalau boleh selamatkan (perkahwinan) saya akan selamatkan,” katanya kepada mStar.
Artikel berkaitan: “Ada mana-mana peguam boleh mewakili saya?” – Beego Terkejut Dengan Kenyataan Linda Hashim?
Artikel berkaitan: “Bukan sebab penyondol” – Linda Hashim & Beego Bercerai Tapi Dah Rujuk Semula April Lalu
View this post on Instagram
Beego juga memaklumkan bahawa dia sudah lama tidak berkomunikasi dengan Linda kerana duduk berasingan sejak lima bulan lalu.
Dia juga berharap agar isterinya boleh pulang ke rumah agar masalah rumah tangga mereka dapat diselesaikan dengan baik.
Kenyataan dia sebelum ini pun memang betul, dia keluar rumah sudah lima bulan. Saya harap dia dapat baliklah,” katanya lagi.
Sebelum ini, pada awal Januari lalu, Linda telah memfailkan cerai terhadap Beego dengan alasan tiada persefahaman.
Pasangan ini juga terdahulu pernah bercerai talak satu pada 27 Mac 2023 sebelum kembali rujuk semula pada 9 April 2023.
Sumber: mStar