in

“Beauty with brain!” – NYU Beri Anugerah Kehormatan Kepada Taylor Swift, Kini Bergelar Doktor

Page Taylor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyanyi terkenal, Taylor Swift sekali lagi mencuri perhatian peminat di seluruh dunia apabila dirinya kini bergelar doktor falsafah dalam selepas menerima Ijazah Kedoktoran Seni Halus selepas diberi Anugerah Kehormatan dari New York University (NYU).


Menurut Billboard, majlis penganugerahan itu telah diadakan untuk kelas bagi tahun 2022 di Stadium Yankee, New York City. Taylor Swift turut berkongsikan video pendek persiapan dirinya ke majlis penganugerahan tersebut di Instagramnya @taylorswift.

“Jangan takut buat silap”

Taylor Swift yang kelihatan anggun mengenakan jubah berwarna ungu dengan gincu merah yang menjadi ‘trademark’ dirinya turut memberikan ucapan selama 20 minit selepas naik ke podium untuk menerima anugerah.

Dari klip yang dikongsikan di Instagram @entertainmenttonight, Taylor Swift turut mengatakan bahawa selain dari kejayaannya sebagai penyanyi dan juga dalam bidang muzik, segala susah payahnya juga menjadi salah satu sebab dirinya diberikan anugerah Ijazah Kedoktoran.

Bukan itu saja, perkongsian ‘life hacks’ dari penyanyi berusia 32 tahun itu juga menarik perhatian orang ramai apabila mengatakan bahawa kehidupan seseorang boleh menjadi sukar apabila segala beban hanya ditanggung seorang diri.

“Tentukan apa yang menjadi milik anda dan biarkan yang lain pergi. Apabila kita kehilangan sesuatu, kita juga akan memperoleh sesuatu – Ujar Taylor

Inspiring betul lah Taylor ni! No wonder ramai betul yang minat dia. Okaylah, nak dengar semua album dia balik. Hehehe…

Baca: Tiket Mula Dijual Hujung Bulan, Justin Bieber Bakal Buat Konsert Di KL Oktober Ini!

Untitled 3 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.