in

“Beauty with brain” – Misya Mazlan Rupanya Pelajar Lulusan Mesir & Fasih Bahasa Arab

misya 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang ramai tahu, istilah ‘beauty with brain’ selalu digunakan untuk wanita yang berpenampilan cantik serta bijak pandai.

Istilah itu turut diberikan oleh netizen kepada isteri pertama Aslam iaitu Misya Mazlan yang berkongsi tentang latar belakang pendidikannya. Ramai yang teruja apabila mengetahui rupanya Misya adalah seorang guru agama.


Misya merupakan pelajar lulusan Mesir

Video yang dimuat naik oleh TikTok @wawacosmetics.com.my telah menarik perhatian netizen apabila Misya mendedahkan dia pernah melanjutkan pelajaran di negara Mesir dan pulang ke Malaysia selepas itu bagi mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Artikel berkaitan: “Riak muka tenang, air mata langsung tak ada” – Kakak Dedah Misya Dapat Tahu Sehari Sebelum Pulang Umrah

Artikel berkaitan: “Raya tahun ni kena bahagi dua” – Misya Mazlan

Minatnya untuk berbakti sebagai seorang guru, Misya telah menyambung pengajian di peringkat diploma dalam bidang pendidikan dan kini dia merupakan seorang guru agama dan Bahasa Arab.

Saya ada diploma, tapi sebelum tu saya belajar dekat Mesir. Lepas saya balik Malaysia saya ambil ‘fast track’ SPM kemudian ambil diploma dalam bidang perguruan. Jadi cikgu pendidikan agama dan Bahasa Arab.

Misya tetapi positif walau diuji

Di akhir video, Misya sempat memberikan kata-kata semangat kepada golongan wanita yang diberi ujian sama sepertinya. Dia juga berfikiran positif dan berterima kasih kepada orang ramai yang sentiasa menyokongnya.

Perjalanan Misya masih jauh dan untuk yang menyokong Misya, terima kasih sangat-sangat dan untuk yang lalui macam mana yang Misya lalui, teruskan kuat semangat..jangan putus asa. Jangan berhenti berdoa yang terbaik untuk kita.

Sebelum ini, nama Misya penah menjadi bualan netizen apabila dia didakwa telah dimadukan dengan anak kepada pasangan pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa Dania.

@wawacosmetics.com.my

Wahh .. loveee

♬ original sound – Wawacosmetics by Wawa Zainal – Wawacosmetics by Wawa Zainal

Menjengah di ruangan balas, rata-rata netizen memuji kebijaksanaan Misya dan keperibadiannya yang sopan serta nampak tenang.

misya 3

misya 2 misya 3 1

Lembut je tengok Misya ni..

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.