in

Bayi Lahir ‘Tanpa Muka’ Pernah Diramal Hanya Hidup Beberapa Jam, Kini Sambut Ulang Tahun Kelahiran Pertama

Feat Cacat Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sering kali kita dengar tentang kisah bayi istimewa yang lahir tidak sempurna seperti kepala bercantum, lahir tanpa jari dan sebagainya.


Namun, pernahkan kita dengar tentang kisah bayi istimewa yang lahir tanpa mata, hidung dan sebahagian daripada tengkoraknya?

Insiden ini benar-benar berlaku terhadap seorang bayi lelaki di sebuah bandar di Setubal, Lisbon, Portugal. Dia telah digelar sebagai ‘bayi tanpa muka’ oleh penduduk tempatan.

 

Diramalkan mampu hidup beberapa jam sahaja

Lapor Daily Star, bayi berkenaan yang dikenali sebagai Rodrigo telah dilahirkan tanpa kedua-dua belah matanya, hidung dan sebahagian daripada tengkoraknya.

Doktor di sana juga telah meramalkan bayi berkenaan hanya mampu hidup untuk beberapa jam sahaja selepas kelahirannya disebabkan kondisinya yang lahir tanpa hidung itu.

Namun, apa yang diramalkan itu tidak menjadi kenyataan apabila ditakdirkan bayi berkenaan masih diberikan peluang untuk terus bernafas dan menikmati kehidupan.

Feat Cacat 2

 

Siasatan jenayah dilakukan

Disebabkan masalah situasi perubatan yang dialami semasa kelahiran Rodrigo, satu siasatan jenayah telah dilakukan terhadap doktor yang bertanggungjawab dalam pengawalan kehamilan ibu bayi malang berkenaan.

Ibu bapa Rodrigo memberitahu bahawa pakar obstetrik yang bertanggungjawab semasa proses kehamilan tahun lepas tidak menyedari dan peka terhadap kondisi anak dalam kandungannya.

Doktor tersebut juga menegaskan bahawa janin dalam kandungannya itu berada dalam keadaan yang baik serta tidak menunjukkan sebarang kelainan.

Selepas kelahiran Rodrigo, pihak dari Pusat Hospital Setubal telah membuka kertas siasatan untuk mengesahkan sama ada berlakunya kecuaian yang dilakukan oleh doktor yang bertanggungjawab semasa menguruskan kelahirannya.

Hal ini dilakukan disebabkan sebelum ini doktor yang menjalankan pemeriksaan ultrasound tidak mengesan sebarang kesalahan maklumat.

Doktor berkenaan telah pun digantung daripada tugasnya pada April lepas.

Bayi berkenaan dikatakan telah dibawa pulang selepas keadaannya stabil. Namun, dia masih lagi perlu datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan.

 

Semangat juang yang tinggi untuk terus hidup

Walaupun pakar perubatan yang profesional telah menjangkakan jangka hayat Rodrigo pendek, namun dia mengejutkan semua orang kerana berjaya hidup sehingga ke hari ini.

Ibunya, Marlene Simao masih teringat kata-katanya sewaktu selesai upacara pembaptisan Rodrigo selepas 3 hari dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Rasa seolah-olah seperti ini adalah perpisahan kami yang terakhir. Kami semua berada di sekeliling inkubator

Walau bagaimanapun, jangkaan doktor tersebut tidak menjadi kenyataan. Rodrigo kini telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang pertama.

Parents Cacat 1

Ayahnya dengan bangga mengatakan bahawa anaknya itu mempunyai semangat juang yang tinggi untuk tetap meneruskan hidup.

 

Bak kata pahlawan Rentap, ‘Agi Idup Agi Ngelaban’.

Baca: Gadis Gagal Gugurkan Kandungan Dengan Makan Pil, Kini Ingin Beri Bayi Cacat Kepada Orang Lain

Baca Cacat

Sumber: Daily Star
Sumber: Daily Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.