in

Bayaran SARA ‘One-off’ RM 100 Boleh Mula Ditebus Mulai 9 Februari Ini

Screenshot 2026 01 05 130613 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bulanan boleh ditebus dalam masa beberapa hari lagi, kata Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Perutusan Tahun Baharu 2026.

Katanya, bayaran yang bernilai RM 200 itu akan dikreditkan ke dalam kad pengenalan mulai 9 Januari 2026 secara berperingkat.


Artikel berkaitan: PMX Bentang Cadangan Had Dua Penggal Penuh Bagi Jawatan Perdana Menteri 

Artikel berkaitan : Menteri Indonesia Tito Karnavian Mohon Maaf, Tiada Niat Remehkan Bantuan Dari Malaysia Untuk Aceh

Dalam pada itu, bagi 22 juta rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas pula, jumlah RM 100 ‘one off’ akan diberikan bermula 9 Februari 2026 ini.

“Ini boleh buat persiapan Ramadan dan sambutan Tahun Baru Cina, ni hebatnya Malaysia ini.”

Screenshot 2026 01 05 130613

Pada masa sama, Anwar berkata, sumbangan SARA untuk penerima miskin tegar akan dikreditkan pada 9 Januari, manakala bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa satu iaitu berjumlah sehingga RM500 akan dikreditkan pada 20 Januari ini.

Sumber : FB Rasmi Anwar Ibrahim

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.