in

“Bayaran balik PTPTN ditangguh 3 bulan lagi”- Menteri Pengajian Tinggi

Ptptn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berita gembira buat peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), apabila kerajaan memutuskan untuk melanjutkan tempoh bayaran balik tiga bulan lagi.


Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata bagaimanapun penangguhan tersebut diberikan kepada peminjam yang layak yang terkesan dengan pandemik Covid-19 dan belum berupaya untuk membuat bayaran balik pinjaman, lapor Malaysia Gazette.

553

Mereka yang layak boleh membuat permohonan melalui portal rasmi PTPTN bermula 5 Januari ini sehingga 31 Mac depan.

“Tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman bermula dari bulan permohonan pelanjutan diluluskan.

“Butiran berkenaan pelaksanaan pelanjutan penangguhan bayaran balik pinjaman ini akan diperincikan oleh PTPTN,”

Sebelum ini kerajaan telah menangguhkan bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 19 Mac sehingga 31 Disember 2020 susulan pandemik Covid-19.

 

Harap keputusan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang terjejas

Baca :13 Insiden Besar; Yang Berlaku Di Malaysia Sepanjang Tahun 2020 Yang Jadi Buah Mulut Orang Ramai

Baca 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.