in

Bau Gas Bocor Di Canberra Buat Penduduk Panik, Rupa-Rupanya Jiran Tengah Syok Makan Durian

Cats 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sama ada anda ialah seorang penggemar atau pembenci durian, anda pasti kenal dengan bau raja buah ini yang kuat dan mudah dikesan.


Manakala, mereka yang tidak pernah makan buah durian pasti akan terkejut dengan bau buah ini yang seakan-akan bau gas bocor. Situasi ini kebiasaannya terjadi di negara yang penduduknya tidak memakan buah ini seperti di Eropah dan Amerika Syarikat.

Pada 15 Oktober lepas, Agensi Perkhidmatan Kecemasan Wilayah Ibu Kota Australia ada menerima satu laporan berkenaan kejadian gas bocor di sebuah kawasan di Canberra, Australia.

Update – HAZMAT (Gas Leak) – Dickson ShopsFirefighters from ACT Fire & Rescue have located the source of the reported…

Posted by ACT Emergency Services Agency on Thursday, October 14, 2021

Laporan ini diterima selepas penduduk di situ berkata mereka terhidu bau yang seakan-akan gas bocor dan khuatir dengan bahaya yang bakal menimpa.

Pasukan bomba dan penyelamat dihantar ke kawasan kejadian untuk mencari punca bau gas bocor. Penduduk di situ juga diminta agar meninggalkan kawasan kejadian untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Selepas sejam menyiasat dan mencari punca bau yang didakwa gas bocor itu, mereka mendapati bau ini sebenarnya berpunca dari kedai di tingkat bawah unit yang disewa oleh individu yang membuat laporan.

7703584A E213 11Eb 9Efd 49Da69Ae692D Image Hires 095052

Hasil pemeriksaan mendapati bau yang didakwa sebagai gas bocor itu sebenarnya adalah bau buah durian! Beberapa individu turut mengesahkan bahawa individu di kedai tersebut sebenarnya sedang menikmati keenakan raja buah itu.

Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama bau buah durian disangka sebagai bau gas bocor di Australia. Sebelum ini, 550 pelajar pernah diselamatkan dari perpustakaan sebuah universiti di sini kerana didakwa berlakunya kejadian ‘gas bocor’.

Bahaya juga makan durian dekat luar negara, tak pasal-pasal bomba datang rumah.

 

Kredit: ACT Emergency Services Agency

BACA: Netizen Terbahak Tengok Lelaki Ini ‘Jual’ Durian Kampung RM500 Sebiji, Rupa-rupanya…

Capture 7

Sumber: SCMP

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.