in

Bateri Headphone Wanita Meletup Ketika Sedang Tidur di Dalam Pesawat

A 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap orang yang menaiki pesawat ke sesuatu destinasi pasti akan tidur kan? Memang seronok bila terjaga dari tidur anda sudah berada di destinasi yang anda tuju.


Namun, detik mendebarkan yang berlaku kepada seorang wanita yang dalam perjalanan dari Beijing ke Melbourne ini pasti tidak akan dilupakan.

Pada 19 Februari lalu, wanita yang dirahsiakan identitinya ini sedang tidur di dalam penerbangan sambil mendengar lagu menggunakan headphone. Selepas dua jam perjalanan, headphone itu secara tiba-tiba meletup menyebabkannya tersedar dari tidur.

Ketika mahu mengalihkan kepala, saya rasa seperti terbakar di muka saya. Saya kemudian memegang muka dan menyebabkan headphone itu beralih ke leher. Saya masih dapat rasakan sesuatu terbakar dan mencampakkannya ke atas lantai. Ketika itu, api mula keluar dari headphone saya,” katanya.

Tangannya dilaporkan melecur dan pipinya menjadi hitam kesan daripada letupan itu.

A1 2

Pramugari syarikat penerbangan itu yang menyedari akan apa yang berlaku terus mencurahkan air ke headphone tersebut. Selepas terkena air, headphone itu menjadi cair dan meleleh ke atas lantai pesawat berkenaan.

Penumpang yang lain terpaksa berhadapan dengan bau yang tidak menyenangkan iaitu bau plastik cair dan rambutnya yang hangit. Tak best nya!

A2 4

Menurut Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, letupan itu disebabkan oleh bateri lithium-ion headphone yang digunakan wanita berkenaan. Bagaimanapun, mereka tidak mendedahkan jenama serta syarikat penerbangan yang terlibat dalam insiden berkenaan.

Pastikan anda beli headphone yang mempunyai kualiti bateri yang baik!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.