Untuk orang Malaysia yang gemar bercuti ke luar negara seperti di negara kawasan benua Eropah dan Amerika Syarikat, sudah tentu kita perlu bawa portable bidet untuk memudahkan kita mencuci najis ketika membuang di tandas-tandas awam luar negara.
Sebab orang luar negara kan guna tisu dan kebanyakan tandas mereka tak disediakan paip air macam tandas di Malaysia, jadi sudah tentu tak selesa untuk kita.
Namun, seorang wanita dipercayai dari benua Eropah ini pula telah mula menggunakan paip air untuk ‘cebok’ selepas melawat Malaysia dan Mesir.
After visiting Egypt and Malaysia I’ve got this thing myself when renovating bathroom pic.twitter.com/vGgUP1pWpe
— bananas (@young_financier) December 14, 2022
Perkongsian wanita tersebut yang dikenali sebagai Anana itu telah mencuri perhatian rakyat Malaysia di Twitter.
Wanita itu juga berkongsi bahawa dia juga telah memasang paip air yang memudahkannya ‘mencebok’ ketika mengubah suai tandas rumahnya.
Sebelum perkongsian wanita itu, seorang lelaki telah berkongsi di platform media sosial yang sama bahawa dia mula berasa selesa membasuh alat sulit selepas membuang najis dengan menggunakan air setelah berada di Qatar selama sebulan untuk menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia.
Namun, meninjau ke ruangan komen, rupa-rupanya banyak juga negara luar yang memang guna paip air atau bidet seperti yang digunakan di tandas negara kita, antaranya negara Finland, Sepanyol, Portugal dan Itali.
Couldn't agree more. Bum guns are everywhere in Finland. Can adjust the temp and pressure according to personal preference and/or need. 😅 pic.twitter.com/4s43YBEcXR
— jyrki.jorge.george (@JyrkiJorge) December 14, 2022
Baru dorang tahu betapa best dan bersihnya guna air untuk bersihkan diri selepas membuang najis kan.
Baca: “RM1,200 setahun untuk tisu tandas?” – Amerika Baru Sedar Cebok Guna Air Lagi Bersih Dan Jimat