in

Baring Berpeluk Tubuh Seorang Diri Dalam Bilik, ‘Therapist’ Cadang Rizdokumura Bawa Sky Jumpa Pakar

sky taizo pakar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kehilangan orang tersayang bukanlah satu fasa yang mudah untuk diterima, lebih-lebih lagi melibatkan darah daging sendiri.

Pemergian ibu tercinta sememangnya memberi impak yang besar kepada Sky Taizo Okumura, 13, yang juga anak kepada usahawan Ridzuan Rizokumura dengan arwah isterinya, Akiko Okumura.


Perkongsian terbaharu Ridzuan telah membuatkan ramai bimbang apabila remaja itu dilihat menyendiri dalam sebuah bilik.

Artikel berkaitan: Serah Sendiri Kepada Polis, Ridzokumura Nafi Ubat Arwah Isteri Dirampas

Artikel berkaitan: Zarina Zainuddin Nafi Jadikan Sky Okumura Sebagai ‘Content’, Hanya Ingin Kongsi Perkembangan

Sky baring berpeluk tubuh seorang diri

Dalam video itu, Ridzuan sedang berkongsi momen berbuka puasa di kedai bunganya yang terletak di Subang Jaya. Namun, dia tiba-tiba menyedari anaknya tidak kelihatan.

Ketika bertanya kepada pekerjanya, mereka memberitahu bahawa Sky berada di dalam bilik. Ridzuan yang masuk untuk mencari anaknya terkejut apabila mendapati Sky sedang baring berpeluk tubuh di atas sofa seorang diri.

@ridz_okumura

Semalam saya dan sky berbuka di kedai bunga saya di subang jaya terima kasih team Ridzokumura tiba2 @Sky Taizo Okumura hilang rupa2 nya dia menyendiri kan diri dia,tapi saya tau sky lebih kuat dri saya😭

♬ original sound – Ridzokumura – Ridzokumura

Melihat video tersebut, seorang netizen yang juga ahli terapi menyarankan Ridzuan untuk membawa Sky berjumpa pakar kerana anaknya itu kelihatan sangat murung dan risau ia akan mempengaruhi kesihatan mentalnya.

Screenshot 2025 03 12 142530

Netizen mendakwa posisi baring membongkok remaja itu seperti ‘depressing symptoms’ dan Ridzuan perlu peka dengan keadaan anaknya.

Screenshot 2025 03 12 142543

Pada 28 Februari lalu, Ridzuan mengejutkan orang ramai apabila memaklumkan isterinya meninggal dunia namun punca kematian tidak didedahkan.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.