in

Barai Rumah Lepas Bagi Tumpang!

Page Sepah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bulan Syawal ni tuan rumah pastinya menerima kehadiran tetamu yang datang nak beraya. Tapi perlulah diingat, tetamu yang hadir pun kenalah jaga adab mereka sepanjang berada di rumah tuan rumah.


Perkongsian melalui Facebook oleh tuan rumah yang frustrated ni mendapat banyak komen dan perhatian ramai yang turut simpati dengan apa yang berlaku. Katanya,

“Ada member dari jauh datang nak beraya kat rumah dan tumpang tidur. So, dia bawalah 3 orang anak. Lagi empat orang tinggal kat rumah. Yang dia bawa, sorang baby, sorang dalam umur 3 tahun, sorang lagi 6 tahun.”

Messy House
gambar hiasan

Malangnya, walaupun hanya tinggal selama dua hari satu malam, anak beranak berkenaan tidak menjaga adab mereka dan meninggalkan rumah tersebut dalam keadaan bersepah. Kawannya pula tanpa segan silu breastfeed anak di depan suami tuan rumah, menyebabkan si suami terpaksa keluar rumah sehingga tengah malam.

Menurut perkongsian tuan rumah, ini yang terjadi di ruang tamu rumah mereka sepanjang menumpangkan kawannya itu.

  • TV baru dibeli calar
  • Anak kawan tonton kartun sepanjang masa
  • Karpet basah selepas air tumpah
  • Bawah karpet penuh plastik coklat, plastik gula-gula, sisa-sisa kuih

Bukan itu sahaja, di bahagian bilik tidur juga tidak dijaga dengan baik dan kawannya langsung tak maklumkan kepadanya tentang apa yang terjadi.

  • Air minuman bergas tumpah di atas tilam
  • Baby buang air besar bocor dan kena pada cadar
  • Pampers baby yang dah dipakai dilonggok atas katil
  • Bedak, minyak wangi di atas meja solek berterabur
Suami Terkejut Dengan Keadaan Rumah Bersepah
gambar hiasan

Tak cukup dengan itu, bahagian lain juga turut ‘dikerjakan’ mereka.

  • Jajan yang tak habis dimakan ditinggalkan di dalam bakul pakaian bersih
  • Barang yang disusun dalam bakul dikirai
  • Peti sejuk diselongkor dan air diminum tanpa izin
Organizing Peti Ais
gambar hiasan

Korang pun rasa frust? Lagi geram bila tuan rumah kata,

“Masa dia nak balik, aku bagi duit raya kat tiga anak dia. Boleh mak dia mintak duit raya untuk anak-anak dia yang tak follow.”

Serik nak menumpangkan orang lain, netizen yang membaca turut berkongsi pengalaman masing-masing serta mengingatkan orang ramai supaya menjaga adab dan kawal anak mereka semasa di rumah orang lain.

5
sumber: facebook

Adoi, parah tuan rumah nak kena kemas. 

Nota: Gambar yang digunakan adalah sekadar hiasan.

Baca: “Mak ayah tak tahu pun ‘projek’ apa anak dia buat”

No

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.