in

Bapa Panik Tangan Anak Membiru, Dipatuk Ular Berbisa Menyorok Dalam Kasut

Anak Dipatuk Ular Jari Membiru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang bapa berdepan detik cemas apabila anaknya telah dipatuk oleh seekor ular kapak yang menyorok di dalam kasut di luar rumah.

Dikongsikan sendiri oleh bapa kanak-kanak itu menerusi aplikasi TikTok, kejadian berlaku ketika kanak-kanak itu sedang bermain di kawasan rumah mereka di Sungai Besar, Selangor.


Menerusi perkongsian video itu, dia segera membawa anaknya ke hospital selepas mendapat tahu kejadian itu.

@shimi_desa

tragedi yg xkan aku lupakan… 😭😭..simpan sini bt kenangan.. #patukularkapak @hashimi2510 @dilajalaluddin

♬ Yasir Lana – Ai Khodijah

“Tragedi yang tak akan aku lupakan. Anak bongsu dipatuk ular berbisa di tangan kiri ketika bermain petang semalam.

“Dapat tahu je kena patuk, terus gerak ke hospital. Waktu ni aku panik gila, aku bawa selaju mungkin sambil pangku anak dekat riba. Sementara nak sampai tu dia nangis menjerit tahan sakit,” tulisnya lagi.

Doktor sahkan jari anak dipatuk sejenis ular berbisa

Selepas pemeriksaan dilakukan, doktor mengesahkan bahawa ular yang mematuk tangan anaknya itu adalah spesis ular kapak yang berbisa.

Dia turut berkongsi gambar yang memaparkan tangan anaknya yang membengkak sehingga ke bahagian bahu. Jari anaknya juga bertukar biru sehingga menyebabkan kanak-kanak itu terlantar di katil hospital.

Namun, berdasarkan perkongsian video yang berasingan, kini keadaan kanak-kanak itu sudah semakin sihat dan aktif tetapi masih dalam pemantauan doktor.

@shimi_desa

Replying to @muhdazizanbaharin hari ke 3..kna tranfer ke hospital Teluk Intan..utk rawatan lanjut. Doa

♬ Ya Badrotim – IFTAH QULUBANA

Dalam pada itu, bapa mangsa sempat meninggalkan ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakan keadaan anaknya.

Baca: “Seram nak ‘melabur’” – Ular Sawa 10kg Dijumpai Dalam Mangkuk Tandas
Ular 10Kg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.