in

Bapa Mengaku Bersalah R*gol & L*wat Anak Sendiri Usia 6 Tahun

Ft Bapa Rogol Anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki yang bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada hari ini atas 13 pertuduhan melakukan jenayah seksual terhadap anak perempuannya sendiri yang baru berusia 6 tahun pada Januari dan Februari lalu.

Berdasarkan laporan Sinar Harian, lelaki itu membuat pengakuan berkenaan selepas semua pertuduhan telah dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zamir Suhaimee.


Artikel berkaitan: “Bukan salah laku, ini jenayah” – Mimi Lana Tempelak Menteri Pendidikan Tentang Isu Kes R*gol Pelajar

Artikel berkaitan: Cuba Lari Ke Negara Asal, Lelaki Bangladesh Ditahan Di KLIA Didakwa R*gol Remaja 16 Tahun

Pertuduhan yang tidak boleh dijamin

Tertuduh didakwa dengan 4 pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anaknya bersama kekasih yang juga merupakan anak tidak sah taraf yang berusia 6 tahun antara 22 Januari hingga 17 Februari.

Selain itu, tertuduh juga berdepan dengan 4 lagi pertuduhan lain dengan melakukan amang seksual bukan fizikal, di mana lelaki tersebut melakukan hubungan seksual di hadapan mangsa antara 23 Januari hingga 16 Februari.

Lelaki itu juga turut dituduh dengan 2 pertuduhan lain dengan melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap mangsa pada 16 dan 17 Februari.

Malah tertuduh turut berdepan dengan 2 pertuduhan menghasilkan penganiayaan seksual kanak-kanak ke atas mangsa tanpa kerelaannya pada 22 Januari dan 23 Februari bersertakan satu pertuduhan rogol pada 17 Februari.

Untuk kesalahan amang seksual fizikal, tertuduh akan didakwa di bawah Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTKK) 2017 sementara perbuatan amang seksual bukan fizikal pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 15 (c) akta yang sama.

644091419 1431730672328367 8828225436423866195 N

Dalam pada itu, perbuatan persetubuhan luar tabii pula, ia merupakan satu kesalahan serius di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara 5 hingga 30 tahun serta sebatan.

Dalam pada itu, berkenaan dengan kes bahan penganiayaan seksyal kanak-kanak dalam bentuk video pula, tertuduh akan didakwa di bawah Seksyen 5 AKSTKK 2017 dan kes rogol kanak-kanak didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan.

Kesemua perbuatan terkutuk itu didakwa dilakukan di sebuah rumah setinggan berhampiran Kampung Kempas Baru antara jam 1.35 malam, 22 Januari lalu dan waktu pagi, 17 Februari lalu.

Pendakwaan telah dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Wahida Shahudin dan S Manushri yang tidak menawarkan sebarang jaminan memandangkan semua pertuduhan itu tidak boleh dijamin.

644718750 1431730712328363 5088200334606777360 N

Mahkamah telah menetapkan semula tarikh 4 Mac ini untuk sebutan semula bagi fakta hukuman dan tiada sebarang jaminan terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam itu.

Sumber : Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.