in

Bapa Bunuh Lelaki Yang Cuba Merogol Anaknya Dengan Parang Di Tawau

Bunuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bapa adalah hero kita sejak kecil dan mereka akan sentiasa ada untuk melindungi kita dari bahaya. Walaupun anak sudah meningkat usia dan mereka semakin tua, seorang bapa pasti akan tetap pastikan kita dalam keadaan selamat.


Seperti seorang lelaki berusia 54 tahun dari Tawau ini yang menyelamatkan anaknya dari dirogol lelaki tidak dikenali. Bukan itu yang menjadi perhatian, tetapi warga emas tersebut juga telah membunuh lelaki berkenaan!

Raped
gambar hiasan

Kejadian berlaku pada 26 Mei lalu kira-kira jam 8.20 pagi ketika anak gadisnya sedang menyiram bunga di sebuah estet terletak di Tawau. Seorang lelaki berusia 38 tahun secara senyap telah menghampiri dan menyerang gadis itu sebelum meletakkan karung di kepalanya.

Ketika sedang bergelut, gadis itu melawan dan berjaya membuka karung dikepalanya. Dia kemudian melarikan diri sambil menjerit meminta tolong.

Bapanya yang juga bekerja sebagai pengawal keselamatan di estet itu telah terdengar suara jeritan meminta tolong dan tangisan anaknya. Dengan kadar segera dia menyelamatkan anaknya dan diberitahu tentang apa yang berlaku.

Berang dengan apa yang didengarinya, pengawal keselamatan itu menyerang lelaki berkenaan dengan parang yang dibawanya dan menetak badan serta kaki lelaki tersebut beberapa kali. 

Bunuh2 1
gambar hiasan

Selepas pergelutan berlaku, lelaki itu rebah sementara seorang lagi pengawal keselamatan menangkap bapa gadis berkenaan dan menyerahkan kepada pihak polis selepas insiden tersebut.

Bunuh1
sumber: the star

Menurut Ketua Polis Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus, lelaki itu kemudian dibawa ke hospital namun tidak dapat diselamatkan. Lelaki itu dilaporkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba untuk mendapatkan rawatan.

Bapa kepada gadis itu pula ditahan reman sehingga 2 Jun ini untuk membantu siasatan pihak polis.

Sebagai seorang bapa dia telah menjalankan tanggungjawabnya melindungi anak. Cuma dia gagal kawal emosi ketika terlalu marah. Harap kes ini dapat diselesaikan segera.

Baca: Ibu Bapa Maut Korbankan Diri Demi Menyelamatkan Dua Anak Dalam Kemalangan di Lebuhraya PLUS

Anak Yatim Piatu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.