in

“Banyak ‘mata’ memandang” – [VIDEO] 10 Tahun Terbiar, Ramai Seram Lihat Lokasi Shooting Filem Senario

Teluk Dalam Resort Terbiar 10 Tahun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah menjadi trend orang zaman sekarang meneroka kawasan terbiar untuk membuat content video paranormal yang menarik buat tatapan ramai.


Sama seperti seorang pengguna TikTok @norizam17 yang telah berkongsi pengalamannya meneroka bekas tapak penggambaran filem Senario Beach Boys yang dahulunya merupakan tempat percutian yang mewah.

 

Dah 10 tahun terbiar

Menerusi video yang dimuat naiknya kepada beberapa bahagian, Nizam telah meneroka lokasi tersebut iaitu Teluk Dalam Resort, Pulau Pangkor sambil membandingkan tempat itu dengan beberapa scene di dalam filem Senario tersebut.

Kebanyakan tempat di dalam resort itu kelihatan sangat usang dan ditumbuhi lalang yang panjang hingga ke paras pinggang.

@norizam17

Teluk dalam resort dah 10 tahun terbiar..#nizamstudios #telukdalamresort

♬ bunyi asal – Norizam – Norizam

Malah menerusi satu video, ditunjukkan pintu masuk resort tersebut yang telah ditumbuhi pokok liar serta cat di tembok yang telah terkopek. Kalau dibandingkan dengan keadaannya ketika di dalam filem, memang kawasan itu nampak gah sekali. Uish lain macam dah rupanya… 

@norizam17

teluk dalam resort dah 10 tahun terbiar..#nizamstudios #nizamstudios

♬ bunyi asal – Norizam – Norizam

@norizam17

teluk dalam resort dah 10 tahun terbiar…#nizamstudios #telukdalamresort

♬ bunyi asal – Norizam – Norizam

Selain daripada video ini, ada banyak lagi part yang dikongsikan Nizam di TikToknya berkenaan kawasan tersebut yang katanya sudah terbiar hampir 10 tahun.

 

“Banyak mata perhati” 

Video-video yang dikongsikannya telah menarik minat netizen tetapi ramai juga yang berasa seakan-akan ada ‘benda’ yang memerhati di sebalik kawasan semak samun dan chalet yang ditinggalkan itu. Err seram! 

Malah ada juga yang tertanya-tanya bagaimana sebuah resort yang mewah dan cantik ini tiba-tiba boleh jadi terbiar macam ni?

Video Seram Resort

Berani jugak eh korang ni pergi teroka tempat terbiar. Nasib buat pagi, kalau malam min pun tak berani nak tengok video ni. 

Baca: “Orang ke tu?” – [VIDEO] Seram! Netizen Tertanya-Tanya Penampakan Lembaga ‘Jengah’ Bayi Ini

Bayi 1 1

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.