“Bantulah saya di akhirat, tariklah saya ke syurga” – Netizen Terharu Lihat Video Guru Peluk Cium Pelajar Istimewa Tular

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Meskipun mereka bukanlah ahli keluarga mahupun ibu bapa kita, namun kasih sayang seorang guru memang tiada tolok bandingnya.

Menerusi satu video viral di Facebook baru-baru ni, ramai di kalangan netizen tersentuh melihat tindakan seorang guru yang mencium dan memeluk pelajar istimewa ketika dalam satu majlis perpisahan. 

KASIH SAYANG SEORANG GURU TANPA MENGIRA BANGSA!

Cikgu ni peluk cium TANPA MENGIRA BANGSA!!! Betapa sygnya cikgu ini kepada anak-anak istimewacredit : Rhye Zhue PhotoVideo

Posted by Nelydia Senrose Fans on Saturday, June 29, 2019

 

“Dia guru terbaik dan terlalu menyayangi pelajarnya sejak berkhidmat di sekolah pada 2008” 

Menurut Harian Metro, guru tersebut dikenali sebagai Cikgu Mohd Khairul Che Hassan, 35, dan hari itu merupakan hari terakhirnya berkhidmat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Kudin, Raub, Pahang.

Hampir 36 pelajar yang diciumnya pula ialah pelajar istimewa daripada Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) di sekolah itu.

“Mohd Khairul adalah guru terbaik dan terlalu menyayangi pelajarnya sejak berkhidmat di sekolah berkenaan pada 2008.

“Dia mendidik mereka supaya dapat berdikari seperti bertani, menternak dan memasak supaya mereka boleh hidup sendiri di kemudian hari,” kata rakannya, Mohd Raizuddin yang juga perakam video berkenaan.

Sumber: Facebook

 

“Bantuilah saya di akhirat nanti, tariklah saya bersama ke syurga dengan kamu semua” 

Semasa majlis berkenaan, Raizuddin juga berkongsi kata-kata hikmat dari Mohd Khairul pada hari perpisahannya itu.

Andai kata satu hari hisab saya di Padang Mahsyar nanti berat keburukan melebihi kebaikan, saya harap awak semua dapat memberatkan timbangan kebaikan saya.

“Bantulah saya di sana (akhirat) nanti, tariklah saya bersama ke syurga dengan kamu semua,” kata Mohd Khairul.

Sumber: GPSBestari

Menurut Raizuddin, sahabatnya itu serba berpengetahuan dalam mendidik pelajar istimewa dengan baik supaya mereka dapat hidup berdikari. Malah kini, ada di kalangan bekas pelajarnya yang sudah bekerja dan pandai mencari duit.

“Kita akui, ada beberapa pelajar mempunyai intelektual agak kurang berbanding pelajar normal, namun Cikgu Khairul tetap berpegang pada moto PPKI kami ‘berdikari untuk hidup’,” katanya.

Cikgu Khairul bersama Pengetua Sekolah | Sumber: GPSBestari

 

“Terima kasih mendidik anak-anak istimewa dengan penuh kasih sayang tak kira bangsa dan agama” 

Kalau admin pun rasa sebak menonton video ni, admin yakin korang kat luar sana mesti merasakan perasaan yang sama kan?

Rata-rata netizen yang melihat video ni berasa sangat terharu dengan sikap baik guru tersebut. Kasih sayangnya tak mengira bangsa dan agama. Tenang je dia peluk cium semua pelajar kan… Harap lebih ramailah guru macam ni didik anak-anak istimewa di sekolah.

Sumber: Facebook

Cikgu Khairul yang dah berkhidmat selama 11 tahun kat sekolah tu katanya akan berpindah ke SMK Bandar Chiku di Gua Musang. Tahniah kepada pelajar sekolah tersebut sebab korang bakal dapat cikgu yang baik macam ni. 

Baca: “Sayalah guru yang akan keluar masuk lokap setiap minggu” – Warkah Hati Bekas Guru Disiplin Ini Buat Netizen Tersentuh

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!