in

Bangunan Tiada Lift, Ibu Mentua Upah Kren Untuk Bawa Menantu Baru Bersalin Naik Ke Rumah Di Tingkat 7

Kren

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Wanita yang baru sahaja lepas bersalin memang akan lemah kerana rasa sakit yang teramat sangat ketika proses melahirkan bayi.


Seorang ibu mentua di China ini pula telah menjadi perhatian ramai kerana dia telah menyewa sebuah kren untuk membawa menantunya naik ke rumahnya yang berada di tingkat tujuh.

Mesti ramai yang pelik kenapa sampai nak guna kren pula kan? Difahamkan, bangunan rumah mereka itu tidak mempunyai lift, jadi mereka terpaksa menaiki tangga untuk sampai ke unit rumah mereka yang berada di tingkat tujuh.

Namun, memandangkan menantunya itu baru sahaja lepas bersalin secara pembedahan atau C-Section, memang sukar untuk menantunya itu berjalan dan mendaki tangga sebanyak beberapa tingkat.

Oleh itu, ibu mentua tersebut memutuskan untuk mengupah kren untuk membawa menantunya itu naik ke tingkat tujuh dan masuk ke dalam rumah menerusi balkoni rumah mereka.

8 1

Artikel Berkaitan: Kunci Pintu Digital Rumah Tak Berfungsi, Wanita Sewa Kren Untuk Masuk Rumah Menerusi Balkoni

Artikel Berkaitan: “Macam ni ke bersedekah?” – [VIDEO] Aisar Khaled Baling Hadiah Dari Atas Kren, Tapi Respon Netizen…

Dalam satu video yang tular di platform Douyin (TikTok China), dapat dilihat menantunya itu naik ke atas platform jentera itu ditemani dengan seorang pekerja kren itu sebelum ia mengangkat mereka berdua naik ke rumah, lapor South China Morning Post.

7 1 1

Ibu mentua itu berhasrat untuk menjaga menantunya itu sehingga sembuh dan dia juga mahu memanjakan menantunya kerana difahamkan, ibu bapa menantunya tinggal di bandar lain.

Menurut pemilik kren itu pula, permintaan seumpama itu merupakan yang pertama sepanjang 15 tahun dia bekerja.

Namun, dia menjelaskan tiada masalah keselamatan untuk melaksanakan permintaan wanita itu kerana jentera itu boleh menahan berat sehingga beratus kilogram.

Memang ibu mertua dari syurga makcik ni…

Sumber: South China Morning Post

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.