in

“Bang… saya tak nak pergi tuisyen dah” – Lelaki Dedah Rutin ‘Gila’ Budak Darjah 3, Dari 6.45 Pagi Hingga Ke Tengah Malam ‘Asyik Belajar’

Kasihan Nasib Si Budak Sekolah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman persekolahan budak dulu dan sekarang ternyata sangat berbeza. Kalau dulu kita mungkin boleh lepak-lepak main bola dengan kawan pada waktu petang, tapi budak sekarang dah tak macam tu. Rutin seharian penuh dengan kelas tambahan, tuisyen dan kelas agama.


Inisiatif ibu bapa penuhkan masa senggang anak-anak ni dengan pelajaran memang bagus, tapi ada natijahnya jugak kalau berlebihan. Baru-baru ni, seorang netizen Facebook bernama Kio Khairul berkongsi luahan budak darjah 3 yang sangat mengejutkan! 

 

“Dia mengadu penat sangat-sangat. Pagi 6.45 pagi dah keluar rumah pergi sekolah. Kul berapa budak 9 tahun ni bangun?!” 

Menurut Kio, semasa menziarah saudara di Penang, dia sempat bersembang dengan seorang budak darjah 3. Budak tu kemudian meluahkan kisah tentang rutin hidupnya yang sangat pack dan tak ada rehat langsung. Dah macam orang kerja dah admin rasa!

Budak 12
sumber: facebook

 

“Lagi tragis, jam 8 malam sat lagi dia ada tuisyen berbayar pulak. Sampai jam 10 malam” 

Sudahlah dari pagi sampai ke petang belajar, malam pulak ada tuisyen berbayar. Adoimak boleh pengsan! 

Budak 2
sumber: facebook

 

“Bang… boleh tak cakap kat mak dengan abah… Saya tak nak pergi tuisyen malam dah. Tak larat la bang” 

Kalau orang dewasa dengar pun penat, apatah lagi budak-budak yang baru berusia 9 tahun kan? Last option, budak tu minta Kio cakapkan pada ibu bapanya yang dia dah tak larat nak pergi kelas tuisyen. Yang sedihnya kalau tak pergi tuisyen, siap kena ugut weh. Serba salah admin kalau di tempat Kio ni. 

Budak 3
sumber: facebook

 

“Bila kanak-kanak dah bersuara… dera fizikal boleh nampak, dera mental tersembunyi” 

Rata-rata netizen yang membaca posting ni ada pendapat berbelah bahagi. Ada yang cakap biasalah tu, rutin mereka semasa kanak-kanak pun lebih kurang sama. Namun ada jugak yang menganggap perkara ni macam penderaan mental.

Anak 1
sumber: facebook

Korang rasa macam mana? Wajarkah budak-budak zaman sekarang ada rutin seharian yang pack macam tu? 

Baca: Pelajar Bunuh Diri Sebab Tak Tahan Selalu Diejek Gemuk

Gemuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.