in

Bandar Di Argentina Diserang ‘Tornado Nyamuk’ Lepas Hujan Lebat

Feature 2 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah tak korang hadapi atau nampak kejadian puting beliung berlaku di depan mata korang? Walaupun Malaysia jarang dilanda bencana alam seumpama ini, namun perasaan takut tetap menyelubungi kalau-kalau kejadian ni berlaku suatu hari nanti.


Kali ini, ada satu kejadian pelik yang melanda sebuah bandar di Argentina beberapa minggu lalu apabila kawasan itu diserang sekumpulan nyamuk yang menyerupai kejadian puting beliung, lapor Daily Mail.

Nyamuk 1

Kejadian itu sempat dirakam oleh pemandu yang melalui lebuh raya Route 74 antara kawasan General Madariaga dan Pinamar di Argentina.

Dalam video tersebut,  individu yang merakam peristiwa pelik tu mengatakan benda tu semakin lama semakin besar dan dia tak pernah lihat kejadian seumpama itu.

Dari jauh ia nampak macam puting beliung namun apabila semakin dekat, ia sebenarnya kumpulan nyamuk yang bergerak bersama dan membentuk formasi seakan-akan tornado.

Nyamuk 2

Rupa-rupanya ‘serangan nyamuk’ itu berlaku sebab hujan. Juan Jose Garcia iaitu penyelidik Pusat Parasitologi dan Kajian Vektor menjelaskan,

Hujan lebat telah menyebabkan banjir yang kemudiannya menyebabkan banyak kawasan air bertakung. Banyak nyamuk betina telah menggunakan kawasan tersebut untuk bertelur,”

Jadi, ia telah menyebabkan pertambahan bilangan serangga tersebut di kawasan itu yang kemudiannya ‘menyerang’ bandar.

Garcia mengatakan nyamuk itu tidak akan menjejaskan manusia tapi ia boleh mengganggu aktiviti pertanian. Penduduk diminta untuk tunggu dan lihat keadaan ini dalam masa 15 hari. Katanya, selepas tempoh itu, serangga itu akan mati dengan sendiri.

Namun, pihak berkuasa menyarankan penduduk untuk menggunakan penyembur serangga, memastikan tingkap rumah ditutup dan tutup sumber air di rumah agar nyamuk tidak akan bertelur di situ.

Seram jugak kalau jadi macam ni kan. 

Baca: Tak Sampai 2 Minggu Kena Tsunami, Indonesia Dilanda Puting Beliung Dahsyat!

Tornado

Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.