in

“Bahaya weh dobi tengah malam” – Netizen Bimbang Keselamatan Untuk Dobi Lewat Malam Lepas Tengok Video Rompakan Ni

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ni kita boleh nampak banyak kedai dobi 24 jam beroperasi di tempat kita. Idea untuk mewujudkan kedai dobi layan diri 24 jam ni memang bagus sebab dapat bagi peluang untuk golongan yang kerja tak menentu masa tu membersihkan pakaian mereka.


Tapi isu keselamatan pulak yang timbul tatkala kita pegi dobi walaupun ada CCTV. Banyak dah kes yang berlaku melibatkan kedai dobi 24 jam ni. Macam satu kes yang tular kat media sosial ni lah. Perompak bersenjata datang kedai dobi, terus rampas beg pelanggan disitu. Korang tengok sendiri video oleh @NasirPasir kat bawah ni.

 

Rompakan bersenjata 

Kalau benda ni berlaku depan admin, admin pun panik weh. Confirm tak boleh fikir betul-betul. Iyelah, kita tengah minding our own business tiba-tiba ada oang rampas beg macam tu je. Mestilah terkejut.

Betul, balik lah rumah dulu ke takpun pegi lah lepak dekat kedai makan sementara tunggu baju siap. Baju hilang takpe, jangan nyawa melayang.

Boleh sediakan weapon ataupun paling mudah sediakan pepper spray. Nampak dia datang dekat sembur je, baru dia tahu

Admin paling geram orang macam perompak-perompak tu. Orang lain susah payah cari duit dia senang-senang je merompak. Badan sihat cukup sifat macam tu apa salahnya pegi buat kerja yang berjenis sikit.

Alhamdulillah. Next time pergi kena berhati-hati. Kita kadang-kadang leka main phone, tahu-tahu perompak dah depan muka. Apa-apa pun take care ye kalau nak mendobi tengah malam tu.

 

Baca: “Manusia ke tu? Selalu binatang macam tu” – Menjijikkan! Remaja Dirakam Kencing Sesuka Hati Dekat Kedai Dobi

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.