in

Bahasa Bukan Penghalang Untuk Membina Cinta, Suami Isteri Guna Google Translate Untuk Berkomunikasi

Poiuy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Bahasa bukan penghalang untuk membina cinta”

Itulah yang boleh digambarkan oleh sepasang pengantin dimana mereka menggunakan aplikasi penterjemahan, Google Translate sebagai medium komunikasi sewaktu pertemuan pertama sehinggalah berkahwin.


Pasangan suami isteri guna Google Translate untuk berkomunikasi

Menurut Daily Mail, Luke Dickinson yang merupakan seorang lelaki berasal dari Britain telah mengahwini wanita pelarian, Vira Klimova dari Ukraine selepas berkenalan menerusi laman sosial Facebook.

“Kami berkenalan melalui kumpulan sembang Facebook yang diwujudkan untuk memberi bantuan dan nasihat kepada orang awam yang melarikan diri daripada pengeboman Russia.”

Dickinson juga berkata bahawa Klimova tidak memahami bahasa Inggeris dan dia perlu menterjemah mesej yang dihantar oleh wanita itu.

Melalui itu juga, Dickinson dan Klimova saling berbalas mesej secara kerap dan kadangkala, meluangkan masa sejam setiap hari membuat panggilan sementara menanti permohonan wanita itu untuk memasuki Britain diluluskan.

Screenshot 2022 11 07 At 4.00.12 Pm

Klimova memberitahu bahawa rumah kediamannya telah habis rosak selepas tentera Putin mengebom sebuar bandar pelabuhan pada Februari lalu. Selepas melarikan diri ke Eropah bersama anak perempuannya, Karina yang berusia 15 tahun.

Menurutnya juga, dia bersama anaknya telah mengharungi perjalanan dua minggu yang menakutkan kerana terpaksa mengelak rondaan dan tembakan tentera Russia sebelum tiba di Moldova.

Screenshot 2022 11 07 At 4.00.33 Pm

Sebulan selepas melamar Klimova di London pada 23 Ogos lalu, Dickinson mengahwininya di Pejabat Pendaftaran Bristol sebelum mengadakan majlis resepsi bersama rakan dan keluarga sebelah suami di sebuah bar.

Pasangan itu berharap untuk berbulan madu di Poland di mana Klimova berharap Dickinson dapat bertemu dengan keluarganya di sana.

Tak sangka mereka mampu disatukan walaupun berbeza bahasa….

Baca: Dari ‘Office’ Ke Jinjang Pelamin, Gadis Kahwini Bos Sendiri Lepas 4 Bulan ‘Intern’

Screenshot 2022 11 07 At 4.17.50 Pm

 

Sumber: Portal
Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.