in

“Bagus lagi grafik roblox” – Netizen Tepuk Dahi Lihat Kualiti Filem Animasi Hari Kemerdekaan Indonesia

merah putih one for all kecam kualiti teruk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Filem animasi bersempena Hari Kemerdekaan Indonesia, Merah Putih: One For All kini sedang menjadi perbualan hangat netizen di X.

Rata-rata netizen terutamanya warga maya dari Indonesia meluahkan rasa kecewa mereka dengan kualiti filem animasi itu yang dilihat tidak memuaskan.


Malah ada juga yang membandingkan filem animasi ini dengan siri animasi dari Malaysia iaitu Upin Ipin yang sangat terkenal di negara seberang.

Nah korang tengok trailernya dulu… 

Artikel berkaitan: Gamer Indonesia Rugi Ribuan Ringgit, Pembangun ‘Upin Ipin Universe’ Tuntut Hak Cipta?

“Usop Sontorian punya kualiti” 

Kualiti animasi dengan bajet RM1.7 juta ini juga bukan sahaja menerima kecaman netizen Indonesia, malah netizen Malaysia juga tampil memberikan komen.

kualiti hauk merah putih

Filem animasi yang bakal ditayangkan pada 14 Ogos ini berkisarkan tentang sebuah kampung yang bersiap sedia untuk menyambut hari kemerdekaan.

Sekumpulan kanak-kanak telah dipilih untuk membentuk pasukan bagi menjaga bendera keramat yang akan dinaikkan semasa upacara 17 Ogos nanti. Walau bagaimanapun, bendera tersebut tiba-tiba hilang sebelum upacara diadakan.

Kanak-kanak daripada pelbagai latar belakang budaya kemudian bersatu menjalankan misi mencari bendera berkenaan dan dalam pada itu mereka perlu mengatasi pelbagai rintangan dan perbezaan dalam menyelesaikan misi mereka.

Apa pendapat korang lepas tengok trailer filem animasi tu? 

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.