in

“Bagi minum air kenc*ng” – Wanita Dedah Video Mak Wan Latah Didakwa Main Santau?

Ft Mak Wan Latah Santau

Nama Mak Wan Latah sekali lagi terpalit dengan kontroversi apabila tular beberapa video yang dikatakan dirinya melakukan satu perbuatan ‘terlarang’.

Video-video tersebut dikongsikan oleh individu yang menyatakan bahawa dirinya begitu sayang kepada pelakon tersebut selama ini tapi dah mula hilang sabar dengan Mak Wan.

 

Bagi ‘benda kotor’?

Sepanjang tempoh 21 jam lepas, video yang dikongsikan oleh @official_amell77 di TikTok menyatakan bahawa dia akan mendedahkan perbuatan Mak Wan, dakwanya, dia akan cuba bongkar segala penipuan pelakon tersebut.

@official_amell77

#fyp #viral #penipu #artis #makwanlatah #viralvideo #viraltiktok

♬ bunyi asal – ᴬᴹᴱᴸᴸ – ᴬᴹᴱᴸᴸ

Dalam video selanjutnya, dilihat ada individu mirip Mak Wan sedang ‘membaca’ sambil menyapukan sesuatu di keningnya.

Dakwa wanita yang dikenali sebagai Mell, dia menyatakan bahawa dia adalah antara mangsa pelakon itu termasuklah bekas suaminya.

Dakwanya lagi, individu yang dikatakan pelakon tersebut ada memberikan ‘benda kotor’ kepadanya. Pendedahan itu dibuat selepas ada netizen memberikan komen dengan menyatakan bahawa dirinya kesian dengan nasib pelakon tersebut.

“Sekurang-kurangnya aku tak main acah-acah suci nak tunjuk yang aku tu baik! Aku tak kejam lagi nak bagi orang minum air kenc*ng aku macam dia ni buat!!! Faham!!”

Dalam video selanjutnya kelihatan seorang wanita sedang menyebut ‘sesuatu’, video itu dibuat selepas individu menyatakan tindakan seperti diatas turut diamalkan olehnya.

Di sebabkan itu, pendedahan video ini ditunjukkan dengan mengatakan bahawa ia telah dirakam oleh adiknya dan perbuatan itu dikatakan berlaku di rumahnya.

@official_amell77

Balas kepada @acik.moy ni ayat dlm al-quran la ? Oh muka surat berapa ? Explain mai kt aku sat blh ?

♬ bunyi asal – ᴬᴹᴱᴸᴸ – ᴬᴹᴱᴸᴸ

Biarpun video ini telah meraih jutaan tontonan, ramai yang tertanya-tanya punca pendedahan itu dibuat. Malah ada yang mahukan kepastian jika ia adalah benar atau kandungan semata-mata.

Apapun kita tunggu berita selanjutnya dan dengar respon daripada Mak Wan sendiri mengenai isu ini.

Baca : “Tak fikir secara rasional” – Cerai Lepas 3 Bulan Kahwin, Bekas Suami Dedah Sikap Mak Wan Latah

Ft Mak Wan Latah Bekas Suami