in

Badi Lagu ‘My Way’ Di Filipina : Dikatakan Orang Yang Menyanyi Lagu Ni Boleh Kena Bunuh

Frnak Sinatra

Bagi golongan-golonngan ‘senior’ atau anak-anak generasi X dan Y mesti familiar dengan lagu klasik dari negara barat yang berjudul My Way oleh Frank Sinatra kan?

Lagu akhir 60-an yang begitu nostalgia ini juga masih lagi evergreen di telinga pendengar dari seluruh dunia dan akan menjadi pilihan untuk karaoke, kecuali bagi segelintir rakyat Filipina.

 

Boleh buat orang yang menyanyi mati dibunuh?

Kisah ini tiada langsung berkaitan dengan penyanyi lagu ini malah bukanlah nak kata lagu ini ada unsur mistik, tapi dikatakan lagu ini ada bawa ‘badi’. Orang yang menyanyi lagu ini boleh dikatakan boleh kena bunuh.

Sumber mengatakan, sampai ada yang takut nak nyanyi lagu ini di tempat awam dan sewaktu majlis keramaian sebab apa? Ya! takut kena bunuh!

Ini kerana ada beberapa kisah insiden pembunuhan berlaku yang berkaitan dengan lagu ini. Tapi antara cerita paling famous.

Ada yang dibunuh kerana menyanyikan lagu ini out of tune, ada juga dibunuh kerana conquer mikrofon, dan sebilangan kecil dibunuh kerana menyanyikan lagu ini berulang kali selama berjam-jam.

 

Kisah pembunuhan 1 :

Kejadian berlaku sekitar tahun 2007, seorang lelaki 29 tahun ditembak mati kerana menyanyikan lagu ini di San Mateo, Rizal.

Lelaki itu menyanyi off-key, pendek kata sumbang lah, dia terus menyanyikan lagu ini sampai pengawal keselamatan itu jadi bengang sebelum tembak lelaki tersebut sampai mati. Lapor Esquire.

Kejadian yang sama berlaku dalam masa 10 tahun, ia mendorong kepada pemilik bar untuk buang lagu tersebut daripada tracklist mesin jukebox.

Malah kejadian itu juga mendorong pemilik pusat karaoke mencari lelaki gay atau perempuan atau wanita transgender yang dapat mengatasi konflik jika berlaku insiden nyanyian karaoke sumbang.

 

Kisah pembunuhan 2 :

Tak cukup dengan itu, insiden pembunuhan disebabkan lagu My Way ini juga berlaku pada tahun 2018. Menurut Coconuts, seorang lelaki berumur 28 tahun menikam jirannya yang berusia 60-an disebabkan lagu ini.

Kejadian berlaku dalam  satu majlis hari jadi  Zamboanga del Norte, pada masa itu ketika mereka khusyuk berkaraoke tiba-tiba ada lagu My Way ni keluar, masa lagu ni nak start lah berlakunya pergelutan.

Menurut sumber, lelaki 60-an itu rampas mikrofon daripada jirannya (yang merupakan lelaki 28 tahun itu), disebabkan itu berlakulah rebutan mikrofon dan pergelutan itu jadi makin tegang sampai ketahap lelaki muda itu jadi baran dan tikam lelaki tua tersebut. dan lelaki itu kemudiannya meninggal dunia di hospital.

 

Kisah pembunuhan 3, merebak ke China?

Kisah ini pula berlaku di bandar Xi’an, China pada tahun 2012. Menurut cerita daripada crimeandinvestigation.co.uk, ada satu keluarga ini buat gathering dekat satu pusat karaoke.

Budak lelaki berumur 4 tahun ini ada pegang mikkrofon untuk menyanyi bersama ahli keluarga lain, dan ya! Lagu itu adalah lagu My Way!

Ibu bapa kepada budak ini biarkan sahaja anak mereka nyaynyi sama-sama sebab terhibur apabila melihatnya. Tetapi 2 orang pakcik kepada budak tersebut jadi bengang sebab dikatakan ganggu mereka nyanyi.

Pakcik-pakcik dia pun sound ayah kepada budak ini dan mereka pun bertekak, sampai ada yang sebut Little Emperor (satu istilah digunakan bagi rakyat China kepada ibu bapa yang kaya, ‘suap’ anak dan manjakan anak macam-macam).

Daripada pertengakaran, sampai tolak menolak, tumbuk menumbuk sampaikan ke tahap si ayah ni cepat-cepat pergi ke restoran mee terdekat, tempat dimana si ayah ni bekerja dan datang balik ke tempat karaoke sambil bawa parang pemotong daging untuk serang mereka berdua tu

Sorang-sorang ditetak lebih daripada 10 kali sebelum kedua-duanya mati akibat kecederaan parah daripada serangan tu.

 

Kenapa sampai nak membunuh? Kenapa mesti kena lagu MY Way?

Ok, dengar macam merepak kan? Tapi, mengikut laporan Reuters pada tahun 2007,  kehidupan di Filipina kebanyakannya tak senang, lebih-lebih lagi mereka yang hidup dalam kesusahan.

Dengan karaoke inilah salah satu hiburan buat mereka, jadi cara ini mereka dapat lupakan sebentar struggle mereka dan ada logiknya juga mereka jadi marah dekat orang yangg merosakkan majlis hiburan tu.

Kenapa marah sampai membunuh? Biasalah kalau ada party mesti akan ada alkohol kan? Dan pada waktu itu pasti ramai yang dah mula separa sedar dengan apa yang mereka buat. Itu lah kot sampai ada nyaynyi kelaut, lepas tu tak boleh kawal marah.

 

Tapi kenapa kena lagu My Way?

Seperti yang dikatakan tadi, lagu ini kena ban daripada tracklist kebanyakan karaoke bar di Filipina sebab bimbang berlakkku pembunuhan.

Butch Albarracin, pemilik Center for Pop, sebuah sekolah nyanyian yang berpusat di Manila telah mengemukakan teori bahawa lirik lagu itu mungkin menjadi kunci kemarahan dan permusuhan yang memberi inspirasi pada pendengar yang jadi kurang senang dan sekaligus mempengaruhi emosinya.

Lirik lagu yang di tulis oleh Paul Anka itu dikatakan menunjukkan sikap sombong dan judge kehidupan seseorang.

Lagu yang mengisahkan bahawa penyanyi itu telah melalui semua kesulitan yang berbeza ini kerana, pada dasarnya, mereka hanyalah orang yang hebat yang dapat menangani apa sahaja kehidupan yang menimpa mereka.

“I did it my way”

Ia kedengaran seperti bongkak. Kata Albarracin dalam satu temu ramah lagi

“Liriknya menimbulkan perasaan bangga dan sombong pada penyanyi itu, seolah-olah anda adalah seseorang ketika anda sebenarnya bukan siapa-siapa. Ini menutup kegagalan anda. Itulah sebabnya menyebabkan pergaduhan. “

Nak kata tak logik pun tak boleh juga sebab ada berlaku satu kes di Thailand pada Mac 2008, dimana seorang lelaki menembak 8 orang termasuk abang iparnya selepas dia naik bengang nyanyian lagu John Denver’s Take Me Home, Country Roads.

 

Baca : Mia Zapata: Misteri Pembunuhan Vokalis Band Punk Tahun 1993, Lepas 10 Tahun Baru Dapat Tangkap Pembunuh

Punkk