in

“Baca Al-Fatihah pun tak betul lagi” – Caprice Kena ‘Sound’ Dengan Isteri Gara-gara Abang Tesla

Abang Tesla Caprice Kena Marah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gara-gara isu viral berkenaan Abang Tesla yang memadukan isterinya, rata-rata golongan lelaki yang sudah berkahwin terpaksa berdepan dengan amarah isteri masing-masing yang panas dengan kes tersebut.

Penyanyi rap terkenal, Caprice juga tidak terkecuali dalam hal ini apabila dia memuat naik video di Instagram telah dimarahi isterinya, Farra Inalis gara-gara dituduh ‘back-up’ tindakan Abang Tesla tersebut.


Caprice

“You jangan eh nak back up, back up” 

Menerusi perkongsiannya, Caprice yang sering mengulas tentang isu semasa itu telah ditegur isterinya kerana berkata tidak salah untuk suami berkahwin dua tetapi tak perlu membuat content mengenai hal itu di media sosial.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

Eh you jangan nak back up eh tajuk-tajuk macam ni? I tak suka. Lebih-lebih pulak. 

“Lelaki ni kalau cakap pasal poligami, ikut sunnah nabi tapi baca Al-Fatihah pun tak betul lagi. 

“Lepas tu asyik-asyik nak guna, beras kita beli. Dah tu siapa masak nasi tu? Beras tu boleh sumbat dalam perut? Kenyang ke?” kata Farra.

Farra juga meminta Caprice untuk tidak menyokong tindakan Abang Tesla itu kerana dia tidak menyukainya.

“Weh suka betul tengok cap kena bebel gini” 

Video berkenaan telah mendapat pelbagai respon daripada netizen termasuklah golongan artis macam Puteri Sarah dan Catriona Ross yang geli hati melihat gelagat Caprice dimarahi isterinya.

Caprice Kena Marah

Sabar ye Cap! Memang minggu ni, minggu isteri-isteri cepat marah dan sensitif sebab kes Abang Tesla. 

Baca: “Sebab saya kahwin 2 korang kena marah” – Abang Tesla Mohon Maaf Kepada Para Suami

Abang Tesla Mohon Maaf

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.