in

“Ayah tak sayangkan kami? – Individu Dedah Surat Dari Mendiang Kakak, Dakwa Didera Bapa Kandung & Ibu Tiri

kisah kena dera ibu tiri bapa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Surat daripada seorang gadis yang sudah meninggal dunia dari Sibu, Sarawak baru-baru ini telah mendapat perhatian ramai kerana kisahnya yang sangat menyayat hati.

Menerusi surat yang telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu itu, gadis bernama Wang Qiuyue ini menceritakan mengenai kisah hidupnya yang sedih dan mendakwa telah didera oleh ibu tiri.


Menurutnya, dia telah disahkan menghidup kanser tulang dan mendapat rawatan di Kuala Lumpur sebelum pulang semula ke Sibu untuk tinggal bersama ayah kandung dan ibu tiri. Namun semenjak pulang ke rumah, dia dan adiknya telah teruk didera oleh si ibu tiri.

Antara penderaan yang diterima, mereka tidak dibenarkan menggunakan tandas, dapur rumah dikunci dan semua barang di dalam rumah tersebut tidak boleh digunakan. Malah mereka juga terpaksa menjemur pakaian di dalam bilik kerana tidak dibenarkan menggunakan rak jemuran.

Lebih menyedihkan, bapa kandungnya tahu mengenai penderaan ini namun membiarkan ia berlaku. Malah bapanya juga tidak melayan mereka dengan baik apabila tidak menyediakan sarapan dan menyuruh mereka pulang dari sekolah dengan berjalan kaki walaupun lelaki itu tahu anaknya sedang menanggung kesakitan teruk.

Ayah membiarkannya memukul dan memarahi kami. Ayah menghantar kami ke sekolah, tetapi tidak memberikan kami sarapan.

“Selepas sekolah, dia yang menjemput kami, kaki aku belum pulih sepenuhnya, dia tidak berhenti kereta, memaksa kami melompat masuk. 

“Aku menahan sakit melompat, tidak lama kemudian dia tidak mahu menjemput kami lagi, menyuruh kami berjalan pulang. Ayah tahu, kaki aku sangat sakit,” tulisnya.

619306540 1490096822486042 4010297170247540165 n

Artikel berkaitan: Kes Penderaan Kanak-Kanak Di Tadika, Asyraf Wajdi Tegas MARA Tidak Akan Berkompromi

Artikel berkaitan: Tiada Tanda-tanda Penderaan Lama Pada Kanak-kanak Dipuk*l Ibu

Ayah minta kad pengenalan nak uruskan hal kematian 

Wang Qiuyue juga meluahkan rasa sedihnya apabila mendapat tahu bahawa ayahnya meminta kad pengenalannya daripada abang ketiga, walaupun pada ketika itu dia masih hidup dan sedang menjalani rawatan di hospital.

Ayah, adakah aku sudah meninggal? Adakah ayah benar-benar mengharapkan kematian aku?

“Ayah ku yang baik, adakah aku benar-benar tidak layak diselamatkan ayah? Malah doktor pun berusaha menyelamatkan aku.

“Ayah minta kad pengenalan aku daripada abang ketiga, kata nak uruskan hal pengebumian. Ayah, adakah ayah dan gundik ayah benar-benar mengharapkan aku pergi?

“Dia sumpah aku cepat mati. Ayah tidak peduli langsung tentang penyakit aku, ayah tidak sayang kami, juga tidak benarkan saudara terdekat sayangi kami,” tulisnya.

619137075 1698947757750620 1223985256003036691 n

Surat wasiat ini telah didedahkan oleh adik gadis ini yang juga menyatakan bahawa kakaknya sudah meninggal dunia pada 18 Januari lepas.

Menurutnya, kakaknya juga permah membuat laporan polis berhubung hal ini namun tiada tindakan serius diambil dan bapanya hanya menerima teguran daripada pihak polis di balai.

Kisah ini telah didedahkan Sarawak Viral secara berperingkat di Facebook, jadi korang boleh baca sepenuhnya di bawah:

Baca Bahagian 1, Bahagian 2, Bahagian 3 dan Bahagian 4 di sini.

Sehingga setakat ini, tidak diketahui apakah kesudahan kisah tersebut, namun rata-rata netizen mendoakan agar ibu tiri dan bapa kandung mangsa menerima tindakan setimpal dengan perkara yang lakukan terhadap gadis itu jika dakwaannya benar.

Sumber: Sarawak Viral

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.