Berikutan gambar gelang tag kuarantin ditanggalkan dan dibiarkan di atas lantai di KLIA. Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau telah berjaya mengesan tuan empunya badan yang memakainya.
Individu yang baru pulang dari luar negara itu sudah tampil memberi keterangan, kata Pegawai Kesihatan Tawau, Dr G Navindran.
Cuba tipu kata tak pernah keluar negara
Menerusi Berita Harian, lelaki berusia dalam lingkungan berusia 30-an itu pada awalnya memberikan keterangan yang tak tepat dan deklarasi kesihatan mengelirukan ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum meneruskan perjalanan ke Tawau, awal bulan ini.
Kata Dr G Navindran lagi, individu terbabit mendakwa tidak pernag ke luar negara sebelum ini.
“Bagaimanapun, dia akhirnya mengaku baru pulang dari luar negara dan menanggalkan gelang tangan ketika tiba di KLIA,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, hari ini.
Siasatan terperinci sedang dijalankan termasuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan.