in

Avengers Melayu? Gelaran Pawang, Dukun & Bomoh Sebenarnya Tak Sama! Ia Berbeza Mengikut ‘Superpower’ Masing-masing

Bomohh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila cakap pasal perubatan Melayu, mesti orang terbayang, bomoh, pawang, dan dukun diselangi mantera yang berbentuk pemujaan.


Perubatan Melayu macam perubatan moden juga dilakukan dengan tujuan untuk mengubati sakit yang dialami oleh pesakit.

Sama je konsepnya dengan doktor, basically untuk merawat.

Tapi masyarakat sekarang percaya yang bomoh, pawang, dan dukun tu fungsi dia sama je. Sebenarnya, mereka ni ada skop kerja yang berbeza tau.

Bomoh Bh

 

Pawang

Menurut Winstedt (1983) Pawang merupakan gelaran yang digunakan secara meluas di beberapa negeri seperti Selangor, Perak, Pahang dan Johor..

Pawang ni merupakan seorang yang berkemahiran dalam hal herba-herba, pakar dalam penggunaan ilmu magis dan cekap dalam mengetahui kedudukan bijih timah, dan besi.

Keupayaan pawang ni digunakan untuk perkara berkaitan alam seperti amalan-amalan magis untuk mencari galian, tumbuhan perubatan atau untuk menentukan tangkapan ikan yang banyak.

Pawang dikaitkan dengan magis kerana biasanya mereka mempunyai keupayaan untuk berhubung dengan makhluk ghaib.

Malah mereka juga main peranan sebagai ketua untuk berhubung dengan makhluk ghaib dari segi ekonomi bagi mendapatkan hasil yang baik untuk penduduk setempat.

Contohnya pemujaan tanah dilakukan oleh pawang untuk tentukan sama ada tanah tersebut sesuai tak untuk penempatan atau pertanian. Kalau tak sesuai tak ada lah pertanian atau penempatan dibuat dekat situ.

Kalau untuk pemujaan pantai pulak, ritual dilakukan dengan tujuan untuk mengelakkan laut bergelora semasa nelayan turun cari rezeki nanti.

Pawang juga berupaya untuk menanda kawasan selamat di kampung dalam upacara “bela kampung”, caranya bertih ditabur sebagai sempadan kawasan selamat.

Nak kata, level pawang ni kira top tier la sebab seorang pawang adalah bomoh, tapi bukan semua bomoh adalah pawang.

Bomoh Utusan Borneo

 

Next ialah Dukun

Keupayaan dukun ni lebih kurang pawang sebab dia boleh berinteraksi dengan alam ghaib juga.

Tapi focus dukun ni lebih kepada interaksi dengan makhluk ghaib untuk mengubati pesakit.

Contoh sakit yang boleh dukun rawat adalah, demam yang berpunca daripada gangguan hantu dan syaitan. Kira macam kalau kena ganggu, dukunlah yang akan settlekan masalah. 

Tapi jangan terkejut kalau tahu dukun ni ada keupayaan untuk menyembuhkan sakit fizikal seperti patah tulang, salah urat dan sendi yang tercabut.

Dukun ni juga berupaya untuk kenal asal-usul penyakit dan masalah yang dialami, jadi lagi mudah nak tentukan rawatan.

Untuk kaedah rawatan, dukun banyak pakai jampi, serapah dan petua serta pelbagai jenis tumbuhan dan logam. So, sebab tu dukun ni ada pengkhususan sendiri, macam dukun urut, dukun kayap, dan dukun patah.

Setiap jenis dukun ni khusus pada penyakit fizikal tersendiri.

 

Bomoh

Manakala bomoh merupakan pengamal perubatan yang dikaitkan dengan rawatan penyakit dan mengubati keuzuran.

Jadi dah jelas tugas bomoh hanya berkaitan dengan pemelihraan kesihatan tubuh badan manusia.

Dekat Kelantan, bomoh ada nickname sendiri macam belian, Mak Pek, Mak Yong dan To’ Peteri. 

Gelaran ni diberikan bergantung kepada amalan pengamal perubatan dalam upacara tertentu.

Amalan bomoh ni lebih merujuk kepada kepercayaan animisme dan agama Hindu kerana adanya amalan yang melibatkan penyerapan makhluk ghaib kedalam tubuh pengawal bagi menyembuhkan penyakit seperti upacara To’ Peteri.

Gambar Hiasan

 

Tapi sebenarnya pengamal perubatan ni tak kisah pun gelaran yang masyarakat bagi dekat mereka sebab tujuan asal mereka menglibatkan diri dengan perubatan tradisional ni sebab ubatkan orang sakit.

Sumber : Penjagaan Kesihatan dan Rawatan : Prinsip dan Teori Dalam Perubatan Melayu

 

Baca : Pantun dia takda pun slang france. Hebat [Video] Unik! Duta Perancis Ucap Selamat Tinggal Dalam Pantun Bahasa Melayu!

 

Baru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.