in

‘Pantun dia takda pun slang france. Hebat!’- [Video] Unik! Duta Perancis Ucap Selamat Tinggal Dalam Pantun Bahasa Melayu!

Gambar Hiasan 41

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Untuk belajar bahasa asing adalah bukan satu perkara yang mudah namun, perkara itu tidak menjadi masalah untuk mencuba. Belajar bahasa asing sebenarnya membuka ruang untuk mengenali lebih mendalam tentang budaya dan sejarah bangsa itu sendiri.


Pun begitu, Duta Besar Perancis ke Malaysia, Frederic Laplanche sejak semalam mula mencuri tumpuan di media sosial dengan video perpisahannya yang dimuat naik di Twitter.

Laplanche memberikan ucapan perpisahan selepas difahamkan akan meninggalkan jawatannya itu pada hujung bulan ini seperti yang dikongsikan di akaun Facebook Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada minggu lalu.

Posted by Muhyiddin Yassin on Khamis, 3 September 2020

Video yang berdurasi 58 saat tersebut mula tular selepas beliau turut menyertakan serangkap pantun dalam video perpisahan dan kini meraih lebih 150 ribu tontonan setakat ini.

Guru bahasa Malaysia saya mengajar pantun ini,” 

Walaupun hanya menyampaikan pantun tersebut dalam bahasa Melayu dan bukannya dalam keseluruhan ucapan, namun usaha beliau untuk berpantun itu tetap menerima pujian daripada netizen.

Bukan sahaja memuji usaha beliau, malah netizen turut mengucapkan merci yang bermaksud terima kasih dalam bahasa Perancis dan tidak kurang juga ada yang turut membalas pantun beliau dengan gaya yang tersendiri.

4

1 13

2 11m

 

Baca: Polis ketuk pintu nak siasat, Wanita Bakar Belacan Dekat Perancis, Sekali Orang Sana Ingat Bau Mayat!

Capture 41

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.