in

[VIDEO] Tengok Calon PRU MCA Ni Kena Troll Kaw-kaw Dengan Wanita di Pasar. Kesian!

Mau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
[VIDEO] Tengok Calon PRU MCA Ni Kena Troll Kaw-kaw Dengan Wanita di Pasar. Kesian!
Loading
/

Semakin dekat tarikh PRU14, semakin rajin calon-calon pilihan raya daripada pelbagai parti turun padang untuk menambat hati pengundi. Namun admin kesian gak dengan sorang calon ni, punyalah dia gigih turun nak bertemu rakyat tapi kena troll pulak dengan sorang wanita ni.


Hujung minggu lepas (April 2018), calon PRU MCA Heng Sinn Yee telah turun ke pasar Yulek dalam sesi temu mesra dengan rakyat. Lengkap memakai t-shirt biru tua BN dan jaket, wanita ini dengan wajah tersenyum bersalaman dengan orang ramai yang berada di kawasan tersebut.

321E4B50Bf53A49Fed50D04D18492743
sumber: wob

Calon MCA dimalukan depan orang ramai

Walau bagaimanapun, malangnya pada hari tu, Heng telah bertemu dengan seorang wanita yang tak berminat dengan parti BN dan bersalaman dengannya. Wanita tu dengan berani kemudian bercakap dalam bahasa Kantonis,

Kami akan pasti menyokong anda. Kami akan sokong BN supaya menjadi pembangkang. Takkan ada satu undi pun akan diberikan kepada BN.” 

Whoops. Tengok moment awkward ni di bawah:

Sebaik je perkara ‘awkward’ tu berlaku, orang ramai kelihatan menyokong kata-kata wanita tersebut yang mana buat Heng terasa malu. Namun Heng dengan profesionalnya masih tersenyum dan cuba buat macam tak ada apa-apa berlaku.

‘Sejak bila membuli orang lain dipangil hero?’

Video ni kemudian dimuat naik ke Facebook dan ia viral di kalangan netizen. Rata-rata penyokong pembangkang bertepuk tangan dengan tindakan berani wanita tu mengutuk tepat ke muka Heng. Uhuhuhu…

Merujuk kepada video yang sedang viral ini, Heng kemudian memberi komen di Facebook,

“Sejak bila seorang perempuan membuli perempuan lain tu dipanggil hero? Seorang berbangsa Cina mengutuk seorang lagi bangsanya dilihat sebagai pejuang? 

“Terima kasih kepada individu yang meletakkan perangkap ini dan mereka yang merakam. Tindakan anda telah menguatkan lagi semangat saya untuk melawan budaya DAP yang membuli dan membenci.” 

‘Tak boleh terima kritikan jangan masuk politik’

So betul ke ni kes buli? Ini apa yang netizen balas dekat wall Heng.

“Kalau tak leh terima kritikan, tolong jangan masuk politik. Lagi pulak, perempuan tu hanya nyatakan pendapat membenci BN dan bukannya pada awak,” kata seorang netizen.

“Baguslah awak melawan budaya benci dan membuli, tapi perempuan tu cuma beritahu yang dia tak suka BN, jadi jangan ambil hati sangat,” kata seorang lagi pengguna Facebook.

Papepun admin salute jugaklah kat Heng ni kan, orang cakap apapun dia diam je masa kat tempat kejadian siap buat muka senyum lagi. Kalau orang lain, haa mahu bertumbuk dah kat situ kan? Apa pendapat korang tentang isu ni? Kongsikan dengan kami. 

Baca: [VIDEO] Kenapa Pulak Muka Dr. M Dipotong Dari Papan Iklan Kerusi Parlimen Ayer Hitam? 

Crofpe 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.