in

“Asal dari chicken pox” – Sindrom Ramsay Hunt, Ini Punca, Gejala & Rawatan Korang Kena Tahu

Page Justin New

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai sedia maklum yang penyanyi lelaki global, Justin Bieber buat pengumuman tentang pembatalan konsertnya menerusi video yang dimuat naik di Instagram @justinbieber kerana mengalami Sindrom Ramsay Hunt.


Difahamkan juga, Justin Bieber mengalami lumpuh di bahagian muka di sebelah kanan sehingga sukar untuk matanya berkelip dan senyum. Susulan itu, seorang doktor telah kongsikan punca, gejala dan juga rawatan bagi sindrom tersebut.

Jom kita tengok dulu apa punca boleh terjadinya Sindrom Ramsay Hunt ni…

Punca: Virus sama dengan chicken pox

Menurut Dr. Kamarul, ianya akan terjadi kepada pesakit yang pernah mengalami chicken pox kerana jangkitan virus varicella-zoster menyebabkan Sindrom Ramsay Hunt ini merupakan virus yang sama dari sakit cacar air dan juga kayap.

Chicken

Malah, lepas seseorang itu sembuh dari chicken pox, virus itu masih lagi kekal di bahagian saraf pesakit yang menyebabkan ianya boleh aktif semula dan bergantung kepada tahap imunisasi diorang.

Kalau pengaktifan itu berlaku di saraf bahagian rusuk, ia akan menjadi kayap manakala Sindrom Ramsay Hunt terjadi sebab berlaku di saraf bahagian muka.

Gejala: Hampir sama dengan Bell’s Palsy

Bagi korang yang tak tahu apa gejala yang menyebabkan boleh berlakunya Sindrom Ramsay Hunt ni, dia sebenarnya hampir sama dengan penghidap Bell’s Palsy tapi lebih banyak dan mudah dikesan walaupun pada peringkat awal. Ini antara gejalanya:

Bell

  • Sakit telinga
  • Pendengaran terjejas
  • Kelumpuhan sebelah muka
  • Ruam berlepuh (macam kayap)
  • Vertigo (pening yang berpusing)
  • Mulut dan mata kering

Rawatan: Sama macam nak treat chicken pox

Tapi, jangan takut pula kot-kot lah sindrom ni tak ada cara untuk dirawat… Ada je gais. Sebenarnya cara rawatan sakit ini lebih kurang sama untuk dengan chicken pox dan juga kayap. Empat cara ni maybe korang boleh amalkan kalau mengalami Sindrom Ramsay Hunt:

  • Ubat antiviral
  • Ubat kortikosteroid
  • Analgesik (tahan sakit)
  • Terapi (fisioterapi dan carakerja)

Fisio

Tambah Dr. Kamarul lagi, proses pemulihan akan mengambil masa yang agak lama sehingga berbulan-bulan dan segelintir dari pesakit akan sembuh sepenuhnya manakala ada juga yang akan mengalami kelumpuhan muka serta pendengaran yang kurang jelas secara kekal.

Sama-sama lah kita doakan supaya Justin dapat sembuh macam biasa. Ramai Belieber dah patah hati ni!

Sumber: Twitter

Baca: Justin Bieber Bakal Batal Konsert Kerana Alami Sindrom Ramsay Hunt, Adakah Malaysia Turut Terlibat?

Untitled 3 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.