Sidang media Menteri Kewangan, Lim Guan Eng semalam (22 Mei) dah membuka mata banyak pihak tentang betapa banyaknya hutang 1MDB perlu dibayar kerajaan. Menurut Astro AWANI, Guan Eng kini meminta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda untuk membayar balik hutang 1MDB dengan kerajaan sebanyak RM143.75 juta.
Guan Eng semalam jugak menegaskan bahawa hutang tersebut perlulah dibayar selewat-lewatnya pada 30 Mei ini. Wow banyak tuuu! Ada ke duit nak membayornya?
“Saya telah dimaklumkan oleh Timbalan Ketua Perbendaharaan, Datuk Siti Zauyah Mohd Desa bahawa antara perkara paling perlu disegerakan dan diselesaikan pada hari pertama saya di kementerian ialah pembayaran hutang 1MDB.
“Ini adalah kerana jumlah RM143.75 juta perlu dibayar oleh 1MDB selewat-lewatnya 30 Mei 2018,” katanya dalam press conference pertama lepas bertugas sebagai Menteri Kewangan.
Tambah Guan Eng, setakat ini Arul Kanda mengaku yang 1MDB mampu langsaikan hutang sepenuhnya. Jadi sebab itulah dia berikan arahan kepada Arul untuk bayar jumlah berkenaan pada minggu depan.
“Kami juga sangat prihatin terhadap perkara di atas kerana saya telah dimaklumkan oleh pegawai kementerian bahawa MOF (Kementerian Kewangan) telah menyelamatkan hutang 1MDB sejak April 2017,” katanya yang dah berjumpa dengan pengarah 1MDB lain seperti Datuk Kamal Mohd Ali dan Datuk Norazman Ayob.
Sehingga setakat ini, Kementerian Kewangan dah selamatkan hutang 1MDB sebanyak RM6.98 bilion. Jumlah ni jugak tak termasuk bayaran yang dibuat IPIC sebagai Perjanjian Penyelesaian berjumlah RM5.05 bilion.
Menurut Guan Eng, 1MDB selama ni dah menipu rakyat Malaysia dengan mengatakan mereka sudah pun membayar hutang kepada kerajaan melalui proses rasionalisasi yang berjaya.
“Lebih teruk, senarai bayaran sehingga kini adalah hanya melibatkan interest (faedah), bayaran kupon, dan pendahuluan dari IPIC. Mereka tidak mengambil kira hutang berbilion ringgit yang perlu dibayar sehingga tahun 2022,” katanya.
Buat masa ini, Arul Kanda akan berkhidmat sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB sehingga 30 Jun.
Banyak betul hutang 1MDB yang Kementerian Kewangan dah bayar kan. Semua tu antara hasil duit cukai yang korang bayar jugak kan? Aduhai…
Baca: Laporan Audit: 1MDB Perlu Bayar Pinjaman RM42 BILLION!