in

“Ape ke setan perangai!” – Geram Tak Dapat Curi Kereta Sewa, Wanita Ni Lempar Anak Kucing Kat Dinding Kedai Sampai Mati!

Kucing O

Keganasan manusia terhadap haiwan seperti kucing atau anjing sejak akhir-akhir ni makin menjadi-jadi. Terbaru hari ini, tersebar sebuah video yang menunjukkan kelakuan seorang wanita yang mencampak anak kucing ke dinding. Apa kes sampai nak campak-campak??

Menurut perkongsian di Facebook, wanita terbabit katanya mempunyai niat untuk mencuri sebuah kereta sewa di hadapan sebuah kedai makan. Walau bagaimanapun, dia tak berjaya menyelesaikan ‘projek jahatnya’ kerana kunci kereta yang dicari-cari di dalam laci tak pula dijumpai.

Curi
sumber: facebook

 

Sakit hati tak dapat curi, hempuk kucing ke dinding sampai mati? 

Pun begitu, menurut posting tersebut, wanita tu yang geram sebab plan mencurinya gagal telah mengambil seekor anak kucing yang tengah merayau-rayau kat tempat kejadian dan mencampakkan ia ke dinding pintu sebuah kedai. 

Menerusi video di bawah korang boleh lihat macam mana kejadian tu berlaku. Lebih menyedihkan, kucing tu mati terus di tempat kejadian dalam keadaan berlumuran darah. Apa salah kucing tu sampai kau nak lepas geram ke dia pulakkk?!

https://www.facebook.com/magu.mita.1/videos/pcb.2647503188627122/439058986888060/?type=3&theater&ifg=1

64306972 439058860221406 6680237247087771648 N

64301119 439058893554736 6562132015884271616 N

64695605 439058920221400 6287787363489808384 N

64784429 439058950221397 2319136087613636608 N
sumber: facebook

Allah… apa salah kucing tu?? 

 

“Ape ke setan la perangai ko ni, ape salah binatang tu? Semoga Allah balas perbuatan ko setan!” 

Rata-rata netizen memang sakit hati betul lihat perlakuan suspek yang tak berperikemanusiaan tersebut. Geram kat benda lain, lepaskan marah kat benda lain.

Perangai
sumber: facebook

 

“Baru dua hari lepas saya bagi makan kat meow tu… apa salah meow tu!” 

Haih
sumber: facebook

Harap suspek ni tertangkaplah secepat mungkin! Tergamak buat perangai macam tu. 

Baca: “Setan mana yang terlepas daripada kena rantai ni!” – Bukan Takat Kucing Sendiri, Kucing Jiran Pun Ada Yang Racun?

Cing Cing