in

“Apa barang barbie” – Kanak-kanak Ada Minat Pelik, Suka Tidur Peluk Patung Rupa ‘Pocong’

Fi Pcg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masa kecil-kecil dulu mesti kita ada patung mainan yang disukai dan kalau boleh tu tiap masa nak pegang peluk semua.



Kebiasaannya patung-patung ni comel kan, tapi tak sangka pula ada juga kanak-kanak yang suka patung muka seram macam adik ni.

 

Patung rupa pocong

Korang nak tahu seram macam mana?

Baru-baru ini tular foto seorang kanak-kanak perempuan dari Indonesia, yang boleh buat ramai orang terkejut bila tengok anak patung ‘kesayangannya’.

Mungkin ramai sangka anak patung seperti teddy bear atau daripada siri kartun biasa yang kita lihat kanak-kanak ini ada. Namun siapa sangka rupanya dia lagi ekstrem, dengan memilih patung yang rupa seperti ‘pocong’.

Apa yang paling rare, anak kecil ini sikit pun tak kelihatan takut malah dia siap peluk dan senyum dengan patung tu untuk ambil gambar.

Jangan kata budak, orang dewasa pun ramai lagi tak berani macam adik ni.

Difahamkan juga, kanak-kanak itu selalu bermain dengan patung tersebut sampailah dipeluknya bawa tidur.

Posting tersebut menjadi bualan ramai di Twitter, dan sehingga kini meraih lebih 1.6k likes dan hampir 370 retweets.

 

“Tak boleh bayang kalau aku mak dia”

Di ruangan komen, rata-rata warganet terkejut dengan ‘pilihan’ adik ini, sebab sangat unik untuk kanak-kanak kecil perempuan suka dengan patung seram. Selain ada juga yang turut bergurau, tak tahu bagaimana reaksinya kalau jadi ibu kepada kanak-kanak tersebut.

Raek Pcg 2 Edit

Reak Pcg 1 Edit

Reak Pcg 3 Edit

Lain macam betul minat awak ya dik. Seram tengok.

Sumber : Twitter, Kumparan

 

Baca : “Anabelle ke tu?” – [VIDEO] Seram! Lelaki Sempat Rakam Anak Patung Bergerak Sendiri Dalam Rak Kaca

Foot Patung

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.